Want your
own Fotopage?






 
CandidExposure

By: Azmi Mansur

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Ahmad Fahmi & Norbaizura - Dengkil



Untuk majlis di sebelah rumah pengantin lelaki, kami juga telah diberi tanggung jawab utk cover the event jugak. 3 hari straight la kami cover majlis kedua-dua pengantin ni. Majlis kat Dengkil ni sangat menarik sbb ada kumpulan anggota polis beruniform siap dgn pedang & bagpipe mengiringi kedua mempelai ke pelamin. First time dapat ambik gambar pengantin lalu bawah pedang ni. Panik jugak la sbb tak tau what to expect. Alhamdulilah semua ok, takde masalah.



Biasalah kalau kenduri kat sebelah pengantin lelaki, tak byk event. Setakat acara2 standard aje la mcm bersanding, makan beradap and potong kek. So kita org pun tunggu sampai hujung majlis sbb nak ajak dia org buat outdoor shoot kejap. Lokasi kali kat rumah nenek pengantin lelaki, sebelah dewan berlangsungnya majlis. Sebuah rumah lama yang menonjolkan hasil kerja pertukangan melayu yg begitu halus dan indah, kontras dengan baju moden kedua-dua mempelai.



As usual, kata2 & ucapan from kami berdua kepada pengantin : Tahniah dan selamat berbahagia kpd kedua2nya. Minta maaf sbb terlambat siapkan album sbb pc saya kena kilat. Nasib baik data tak jahanam. Minta maaf jugak kalau sepnajang majlis, kita org terkasar bahasa dan terlebih gurau. Terima kasih atas layanan baik yg diberikan. Insyallah we'll keep in touch. Congrats!


Care to comment?


Thursday, 19-Jun-2008 15:22 Email | Share | | Bookmark
Ahmad Fahmi & Norbaizura - Morib



Norbaizura or Bai ni mak sedara kpd pengapit pengantin pompuan wedding Faizal & Faizah setahun yg lalu. Anak sedara Bai ni la yg rekomen we all kat Bai ni. Syok la dgn dia org ni, mmg kepala gila2 and layan habis. Fahmi ni walaupun inspector polis, boleh tahan gak melayan kerenah si Bai ni. Kalu time shooting tu asyik la dok gelak and melawak. So, mmg tak penat la nak ambik gambar pengantin berdua ni.



Lepas akad nikah petang tu, kita org buat outdoor shooting kejap sbb ada gap sebelum majlis berinai pada sebelah mlmnya. Dalam byk2 majlis berinai yg kita org penah attend, majlis berinai kali ni mmg lain drpd yg lain bagi kita org. Semasa acara ni, mula2 pengantin lelaki aje yg duduk kat pelamin sorang2 and family members pengantin perempuan menepung tawar. Then pengantin perempuan pulak take turn dan family members lelaki pulak yg menepung tawar. Kemudian pengantin lelaki pulak menepung tawar pengantin perempuan dan pengantin perempuan kemudiannya akan mencium tangan pengantin lelaki dan memberi dia sejambak bunga telur. Memang ini first time bagi kita kita org..pengalaman baru ni. Best.



Antara sbb2 lain kenapa shooting kat Morib best:

1. aku tak pernah sampai pantai morib
2. rumah pengantin dekat dgn pantai..so boleh buat outdoor shoot kat situ
3. pertama kali dlm sejarah hidup aku, aku layan karaoke kat rumah pengantin di khalayak ramai...sbb rumah pengantin dekat dgb laut, maka pitching pun ke laut la..hehehe..matjep tu mmg dah biasa layan karaoke kat rumah pengantin..asal ada je karaoke, musti menggelupur nak nyanyi..heheh
4. punya la syok shooting kat pantai, sampai basah & kotor baju n seluar..so last2 kita org sempat pi shopping seluar jeans brand Loos(logo Lois..hehehe), baju & tutttt kat pekan Banting..hehehe..mandi pun kat mesjid...tuan rumah mmg dah offer tempat mandi & rehat tapi kita org ni kan pemalu..





nice pic..leh emelkan x harga & pakej yg ade..thanx Mon 23-Jun-2008 04:36
Posted by:fify teruteruboze_hata@yahoo.com
salam...

blh x mail quotation utk nikah & sanding...
date 8/11~9/11/2008

thanks...
Tue 1-Jul-2008 04:40
Posted by:kechiks tazmania_kechiks@yahoo.com
Add comment


Thursday, 19-Jun-2008 14:34 Email | Share | | Bookmark
Khuzairy & Noraini

Assalammualaikum

Lama betul tak update fotopages nih. Mintak maaf la kalu asyik dok tgk gambo2 lama aje bila dtg menjenguk fotopages nih. Hari ni baru la ada masa nak update. Kepada para peminat yg tertunggu-tunggu tu, enjoy the photos..hehehe.



Kali ni citer pasal wedding Khuzairy & Aini kat Paya Jaras. Wedding dia org ni dibuat masa bulan April yg lepas. Makcik kpd Aini ni(Kak Rahimah) yg ambik kita org jadi photog utk wedding dia org. Kak Rahimah ni mak andam kpd ex-client kita org, Halim & Anis. So masa buat job utk Halim & Anis ni, Kak Rahimah sudah berkenan dgn hasil kerja kita org, and terus rekomen kita org kat mak si Aini. Kak Rahimah ni jugak jadi mak andam kpd si Aini..of course la kan..hehehe

Kita org mmg tak pernah jumpa kedua-dua pengantin ni before wedding sbb segal urusan adalah melalui kak rahimah & mak si Aini. Kebetulan pulak, pengantin bedua ni duduk & keje kat luar KL. So, mmg dia org berdua serahkan kpd kak rahimah utk uruskan pasal photography ni semua. Masa wedding day tu la baru kita org dapat jumpa & berkenalan dgn pengantin. Nasib baik pengantin ok and sporting. So mudah la keje2 kita org...and both of them are very sweet together.



Akad nikah sebelah pagi, then lepas Zohor baru pengantin lelaki dtg berarak ke rumah pengantin perempuan. Selepas akad nikah pagi tu, sempat la kita org shoot outdoor sekejap sebelum dia org berdua pi bersiap. Arwah ayah si Aini dulu ada bina masjid kat sebelah rumah dia. Cantik betul masjid tu. Rasa mcm bukan kat Malaysia. Seni bina dan warna masjid tu bagi kita org sgt unik. So, kita org buat outdoor shooting kat kawasan sekitar masjid aje la. Lagi pun tak berani nak bawak jauh2 sbb takut ambik byk masa pulak. Pakej kita org ni mmg tak de mention pasal outdoor shooting, tapi mmg we all akan offer utk buat outdoor shooting without additional cost kalau:

1. shoot on the same day, sama ada in between majlis or after majlis..asalkan tak lebih drpd maximum hour yg sepatutnya
2. cuaca ok

Ok, back to wedding Aini & Khuzairy, semuanya berjalan lancar. Elok2 habis aje majlis and para tetamu pun dah habis balik, ujan turun dgn lebatnya. Alhamdulillah semuanya selesai seperti yg dirancang. Kepada pengantin & keluarga kedua-dua belah pihak, tahniah kami ucapkan. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Maaf jika ada terkasar bahasa atau perbuatan. Kepada Kak Rahimah, terima kasih byk2 di atas kepercayaan & peluang yg diberikan. Semoga kita boleh work together lagi di masa akan dtg. Sapa2 tgh cari make-up artist tuh, boleh la call Kak Rahimah (012-6945240).


ya promote...promote lagi.....

tapi kami rasa ader hutang ngan u all nih....nantilah...kite citer

tungguuuuuuuuuuuuuuu..............
Fri 27-Jun-2008 02:29
Posted by:matjep
utang?utang apa ek?saspens nih... Sun 29-Jun-2008 08:03
Posted by:anis
utanggggg.......jeng...jeng...jeng........ Mon 30-Jun-2008 01:31
Posted by:matjep
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 19-Mar-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
Razak & Azwa

Assalammualaikum

Job kali ni agak berbeza sikit buat kami sebab buat pertama kalinya kami menggunakan khidmat associate photographer kami. Orangnya bukanlah orang baru dalam bidang wedding photography nih. Malahan dia telah terlebih dahulu menceburi bidang ni berbanding kami. Berdasarkan kredibiliti, kebolehan dan pengalaman yg beliau ada, maka kita org(aku & matjep) telah bersetuju untuk mengambil beliau sebagai associate photographer kami. Siapakah beliau? Beliau adalah Encik Jasnie, photographer wedding matjep..perghh..mcm penyampain Anugerah Khas Juri je..hehehhe



Masa wedding Azwa & Razak ni, kita org cover wedding Umi & Hafiz kat Bahau...jadi tak dapatlah nak cover wedding Azwa & Razak ni. Pasangan pengantin ni semasa berbincang dgn matjep & jasnie, telah bersetuju menerima Jasnie sbg official photographer mewakili CandidExposure. Walaupun tidak menjadi offcial photographer, kami sentiasa contact Azwa pada majlis perkahwinannya utk make sure semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah semuanya OK. Kami difahamkan, Jasnie telah membawa 2 org rakan photog Hamlaw & Abuyon sebagai tag along untuk turut sama mengambil gambar & menimba pengalaman. Jadi, semua kredit utk koleksi gambar2 yang diambil utk job ini adalah kepada mereka bertiga.

Insyallah album Azwa & Razak akan kami siapkan mengikut tempoh yg dijanjikan. Hopefully Azwa & Razak akan happy dengan hasilnya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kpd pasangan pengantin kerana memilih dan mempercayai CE. Saya agak ralat sebab tak berpeluang berjumpa dan berkenalan dgn Razak & Azwa. Insyallah kita akan jumpa semasa penyerahan album nanti? Lastly, tahniah kami ucapkan dan semoga Razak & Azwa berkekalan dan hidup bahagia hingga akhir hayat.

"...Sampai syurga ku cintamu...Hanya kamu" -- Faizal Tahir

takde picture lastest Wed 18-Jun-2008 04:02
Posted by:unnamed
latest..sorii salah eja Wed 18-Jun-2008 04:04
Posted by:unnamed
latest..sorii salah eja Wed 18-Jun-2008 04:04
Posted by:unnamed
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 14:35 Email | Share | | Bookmark
Hafiz & Umi - From Tapah with Love



Assalammualaikum

Hmm seperti yg dijanjikan semlm, ni nak taruk gambar sneak preview utk wedding Hafiz & Umi kat Tapah, Perak(online album later2 yeee). Setakat hari ni, Tapah la tempat paling jauh kat bahagian utara Sem Malaysia yg kita org pernah cover (unless job deal kat Kedah nun, dapat dikompomkan..tgh negotiate harga). Kalu ke bahagian selatan pulak, paling jauh is Johor Baharu. Tgh tunggu offer utk job belah pantai timur pulak..teringin nak shoot belah2 sana. Kalu ada org2 Pahang, Kelantan and Terengganu yg nak kawen, jgn la segan2 contact kita org

Walaupun Tapah tu takde la jauh mana, seawal pukul 830 pagi kita org dah bertolak ke Tapah from KL..saja je nak drive slow2 sambil makan angin..bawak slow2 pun, by 10 pagi dah sampai R&R Tapah..stop utk breakfast..makan kuih2 and bubur nasik..tak berani nak makan sambal2 nih takut cir-bir..tapi last2 bedal gak sikit sambal... org nogori nih kalu tak podeh, tak sah...tak masyukk.

By pukul 11 dah sampai kat simpang rumah si Hafiz ni...cepat la pulak sampai...kenduri eh start pukul 1..so kita org decided nak recci location utk outdoor shooting..tiba2 Hafiz call and tanya kat mana..dah dasar kuat nyakat, dgn confidentnya aku cakap map lupa nak bawak and now dah kat Gopeng near Kellie's Castle (matjep punya idea). Hafiz dah mcm terkedu sbb Gopeng ni dah jauh tersasar drpd Tapah. Matjep dah terkekek-kekek kat sebelah. Ye ye je Hafiz dgn suara cool tapi nervousnya bagitau yg we all dah terlajak..aku cakap, oh ye ke...then Hafiz siap bagi direction patah balik ke Tapah..sian dia...sure panic sbb takde back-up photog...hehehhee..last2 kita org cakap, kita org udah sampeii daaa..baru la suara dia ceria balik Ngeh ngeh ngeh...sori ye hafiz ..gurau2 je.

Cuaca pagi tu mmg cun habis..langit biru..tapi bila dah dekat nak kenduri awan mendung start dtg..alhamdulillah tak hujan time pengantin berarak..sepanjang kenduri pun still ok..cuma hujung2 majlis tu hujan turun..punah la harapan nak buat outdoor shooting..tapi lepas tu ujan berenti balik...so dapat shoot kat kawasan luar sekitar rumah kejap..tu pun rushing sbb ujan turun balik. Ada 1-2 gambar yg boleh pakai..tak pe la, kalu nak shoot outdoor after wedding(post-wedding) pun boleh..kita org bagi la spesel price

Yg paling best and paling mengharukan kita org is bila pengantin berdua ni insist nak bergambar dgn kita org..first time pengantin ajak bergambar nihh..excited giler kita org..hehehehe..so sebelum balik, kita bergambar la berempat pakai self-timer..so dapat la korang semua buat julung2 kalinya menatap wajah matjep & azmiman yg hensem2 belaka itu..wakakaka..perasan.

"CandidExposure memang best dan malatops!"-- Hafiz & Umi

Kepada Hafiz & Umi and families, terima kasih tak terhingga di atas layanan & kerjasama mantap yg diberikan. Doa kami agar korang berdua akan berbahagia hendaknya dlm menempuh alam berumah tangga. Mintak maaf kalau ada terlanjur kata, perbuatan dan gurauan. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi (of course bila album dah siap nanti ). Kalau balik Bahau tu, calling2 ler..boleh lepak2 kat Bahau Bintang Walk(eh ada lagi ke??)..hehehe. Kirim salam pada semua.



Waaa..jelesnya tgk gambau kawin ummi n hafiz nih...kalu tau, masa kawin dulu amik candidexposure jadik photographer, tp time tu x kenal pun candidexposure huhuhuhu...rasa macam nak bersanding lagi laaaa bila tgk gmbr2 lawaaaa cenggini...saya kawan ummi yg datang satu group duduk depan pelaim ..kiranya last skali balik laaa geng kami...yg baju baju krim tudung pink laaaaaawaaaa la gmabr2 ni..huhuhu
..mmm yg bagi comment tu shahkasahias tu org opis saya heheh..keciknya dunia ..)
Sun 23-Mar-2008 14:53
Posted by:Misz_Bless
mmg best dan meletup2 abg2 ni..
korang hire lah diaorg ni utk photog korang...
memang puas hati habisssssssssssssssss.......
sebab apa ok?..ni sebab dia....jeng-jeng...
harga ok..tak mahal sgt, service lagilah ok.....sanggup tunggu dari pagi sampai ke petang cover kitaorg nyer majlis...(photog lain ader ker?hihi..candid exposure jer tau...)..pastu ada duaorg photographer lagi......then ada tgkap gambor kat luar lagiii... yang paling best..diaorg sempoi, sporting..hehe

akhir skali...minta maaflah kalau spjg 'program berjalan'..ada banyak kekurangan...makan minum tak cukup ker...ongeh ongeh bobonar tgkap gambar kitaorg ni....maklumlah kami ni kdg2 banyak cekadak eh...hehe... kami juga minta maaf seandainya terkasar bhs ngan abg duaorg ni.. ececeh..cam nak rayer pulak..hihi...

Mon 24-Mar-2008 04:34
Posted by:hafiz & ummi
semoga dpt bekerjasama satu hari nantik..... Wed 18-Jun-2008 22:47
Posted by:kak ayu  - [Link]
Add comment


Monday, 17-Mar-2008 15:33 Email | Share | | Bookmark
Hafiz & Umi - Bahau, N.Sembilan



Assalammualaikum..

Hmm dah lama rasanya tak de update kan site nih. Jan & Feb mmg takde buat wedding job sbb takde org sudi nak meminang kita..heheheh. Tapi bagus jugak la sbb Jan & Feb kita org sgt2 la sibuk dgn keje2 opis. In a way, lega la jugak takde clients time tuh...cuma kekadang tu terasa gian jugak la nak gi shooting.

So, bulan March ni start la 1st job we all utk tahun 2008. Job ni actually dah dibuat booking oleh Hafiz n Umi ni since Oct 2007 lagi. Masa dia org dtg booking dulu tu, rasanya mcm lamaaaa sgt lagi. Tup2 dah sampai pun tarikh tu. Cepat betul masa berlalu.

Umi yg mula2 contact kita org. Dia kata nakkkkk jugak2 org Bahau shoot wedding dia..hehehhe. Masa 1st time jumpa dia org ni last year, Umi bagitau dia pernah duduk kat kg atuk & nenek we all. Selidik punya selidik rupa2nya Umi ni masa zaman budak2 dulu pernah mengaji dgn arwah atuk ulung (adik ipar nenek) kita org. What a small world. Kita org pun selalu gak la main kat court badminton depan rumah sewa dia tuh..tapi kita org tak perasan la pulak si Umi ni time tuh..comot sgt kot si Umi time tu..wakakakkaka..ampunnnn.

Dia org ni kawen time org sibuk nak ngundi. Plan asalnya akad nikah belah siang..tup2 Pak Lah kata ngundi jatuh pd hari 8hb tuh. So kena la postpone akad nikah belah mlm lepas isyak. Bagus jugak la, sempat la kita org pi ngundi dulu sebelum balik Bahau. Punya la jem..bertolak from KL pukul 12tghari, sampai Bahau pukul 5 ptg..perghhhhh naik kematu punggung. Sampai kat rumah parent matjep, tgk2 ada kad jemputan kawen atas almari TV..design pun very the familiar..laaaa kad jemputan wedding Umi & Hafiz nih..kat rumah parent aku pun ada jugak kad tuh...bila gi kenduri dia org, ramai betul kaum kerabat kita org ada kat sana..in fact, caterer dia org ni pun rupanya pakcik aku..sudahnya naik segan pulak nak shoot gamba..lomah den bilo ado sedaro maro nih...sogan ya amat..hehehe

Habis kenduri, kita dapat kidnap Umi & Hafiz utk outdoor shooting. Ingatkan dah takde harapan nak gi shooting outdoor sbb ujan turun..last2 minit ujan berenti..so sempat la shoot kat sawah padi(umi punya request) and kat stesen keretapi Bahau. Glamer dia org ni sbb masa kat stesen tuh, ramai la peminat yg bawak kereta, motor, lori, van, etc dok hon2 dia org..hehehe. Apa2 pun dia org ni mmg best..sporting habis and gila2..Hafiz tak habis2 buat lawak time posing. So, itu la alkisahnya...nanti we all taruk entry wedding dia org kat Tapah pulak. Stay tune!


Misz_Bless : Terima kasih. Tahun ni baru nak masuk tahun ke-2..oo ada dtg Tapah eh, yg mana satu ye?

Shah: Terima kasih jugak. Berkat tunjuk ajar Bro Adan jugak la. Turunkan skill?..heheh..segan pulak..takde la terer mana pun..byk yg nak diperbaiki lagi..tapi kalu Shah turun KL, boleh la calling2 kita org..kita sembang2..senang kita nak share ilmu takat apa yg ada
Tue 18-Mar-2008 15:54
Posted by:azmiman  - [Link]
ummmie....cantiknyer ko!!! aper2 pun wana nk ucapkan congrats & semoga berbahagia selamayer....hehehehe!!! Happy yer Thu 20-Mar-2008 16:16
Posted by:siti zawana binti abdul rani mirna_nbm5762@yahoo.com
huhu.....tak sabau nyer aku nak tgok album kahwin kami ni.. huhu... abg azmi ngan abg mat jep tgh buat per tu? ekeke.... (buat2 tanya pulak aku nih...tak pasal2 kono hompuk kang.)..
pstt... buat comey2 deh..

abg azmi.. nanti nama saya letak double M tau.. UMMI...nanti menangis lak lagi sorang M tu tak letak sebelah dengan twin dier...hehe..

(misz blez aka nawi------> aku nyer gelak tak leh kontrollah..mesti gigi nampak..huhu)
Mon 24-Mar-2008 04:18
Posted by:ummi
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 1-Jan-2008 20:09 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal 2007, Selamat Datang 2008

Assalammualaikum

Berlabuhlah sudah tirai tahun 2007. Tahun yang amat bermakna buat kami berdua di CandidExposure. Hari ini genaplah setahun kami berdua melahirkan & membesarkan CandidExposure dengan penuh rasa kasih dan tanggungjawab. Hari ini kami bangga melihat 'anak' kami yang dulunya merangkak, kemudiannya bertatih dan kini sudah boleh berlari-lari anak. Insyallah tahun 2008 ini kami akan cuba menjadikan CE pantas berlari menuju ke puncak kejayaan.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua ex-clients kami kerana begitu yakin dengan bakat dan kebolehan kami untuk merakamkan detik2 penting mereka semua, terutamanya kepada client2 terawal kami(you know who you are!) yang membuka peluang kepada kami untuk berlatih dan berkarya secara serius. Tanpa kalian semua, CE tidak akan ke mana. Thank you for believe in us!

Entry penutup 2007 blog fotopages ini kami tribute kan khas kepada ex-clients kami for year 2007. Sesungguhnya kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan anda semua. Semua kenangan manis yg kami lalui tidak akan kami lupakan. Kenangan pahit? NONE! Semuanya manis2 dan indah2 belaka. Kepada pasangan2 pengantin, kami doakan kalian semua akan sentiasa berbahagia dengan pasangan masing2 selagi hayat dikandung badan, dimurahkan rezeki dan rahmati Allah. Kepada business clients kami, didoakan agar perniagaan anda akan semakin maju dan cemerlang. Amin.





Nice knowing you guys dan anda semua bukan hanya setakat clients kami...anda semua sudah menjadi kawan2 kami. Kalau terjumpa kami kat mana2 tu, tegur2 la ye. Kepada mana2 pasangan yg sudah dikurniakan cahaya mata, tahniah kami ucapkan...so far, pasangan Jaey & Zana baru dapat baby..yg lain2 tu, sudi2 kan la update kita org... Terima kasih sekali lagi dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan. Majulah sukan untuk negara.

saya nak tanya , untuk package bertunang berapa dia punya kos?
Saya akan bertunang pada 08.08.2008 .
Tempat Taman Melati , Gombak KL
minta quotation utk wedding pic gak...
TQ
Tue 11-Mar-2008 16:08
Posted by:AS asthmara@gmail.com
Arie, shah & azam..terima kasih atas kata semangat. Byk lagi yg kita org boleh perbaiki.

Anis : yeah kompom kita cover paya jaras April nanti. See you n hubby kat sana naaa

Suhani : You've got mail!

As : 8.8.8 tu awal2 lagi org dah booked..maaf ye. Tapi utk majlis kawen u nanti, insyallah kalu takde booked date yg clashes dgn date u, boleh la we all cover. You've got mail!
Sun 16-Mar-2008 14:35
Posted by:azmiman  - [Link]
saya nk mntk quotation utk wedding pics bleh..28 n 29 nov ni k melaka.. Mon 12-May-2008 17:53
Posted by:faizah kfs189@yahoo.com
View all 34 comments Add comment


Monday, 31-Dec-2007 08:37 Email | Share | | Bookmark
Halim & Anis - Muar



Wedding Halim & Anis kat Muar nih merupakan job terakhir CandidExposure untuk tahun 2007. Sekejap betul masa berlalu...

Tak tau la sbb terlampau excited atau sbb mmg kita org ni sengal, we all sampai rumah Halim awal ya amat pagi tu. Pengantin start bersiap-siap pukul 12 tgh hari, tapi by 10 pagi kita org dah terpacak kat situ. Itu pun matjep dah drive ala2 bersiar-siar ptg and kita org stop kat hentian Nilai for breakfast. Tapi baguih gak sampai awal, boleh tenang2kan pikiran sambil recci2 tempat2 nak shoot outdoor.

Since dah sampai awal, kita org shoot la majlis Khatam Quran anak2 murid kpd ibu si Halim nih. At least dapat gak warming up shoot the pengantin later. Hehhehe. Sementara tunggu majlis start, kita org pi layan makan cendol sagu kat hujung kawasan taman tuh. Hari pun tgh panas terik, layan plak cendol sejuk..perghhh manyak syiokkk. Seronok sembang dgn akak cendol yg peramah tuh. Dia kata, sapa2 nak jual cendol sagu tuh ala2 ala franchise boleh la contact dia. Dia akan supply cendol & gula..and siap ajar camna nak bancuh utk dijual. Sapa2 berminat, boleh la contact Aida(012-76643418) atau Zairun(012-7546277).

Ok, back to wedding Halim & Anis. Kaler tema kat Muar ni, warna biru muda. Cantik and sweet. Cuaca pun cun dgn langit birunya...matjep pun dgn otak birunya..so sumer la ikut tema biru..wakakakaka. First time pi wedding yg tak pakai khemah sbb depan rumah tu ada basket ball court + badminton court yg berbumbung. So, jamuan makan dibuat kat situ. Sejuk dan nyaman...memang selesa la. Lauk pauk pun sedap2 belaka especially acar buah.

Pukul 2 ptg pengantin baru start berarak. Terus potong kek and makan beradap. Sambil makan, ada persembahan tarian melayu oleh sepupu2 perempuan Halim. Rasa mcm tgk Citrawarna plak..hehehhe. Lepas makan2, shoot pics dia org kat pelamin and dlm bilik. By 4 something kita org kidnap Halim n Anis utk ambik gambar outdoor kat tepi sungai(Pantai Leka) and kawasan2 sekitar. Hajat dihati nak shoot gambar kat satu rumah buruk terbiar kat dlm semak tu, tapi kansel sbb takut membahayakan kesihatan pengantin baru

Mmg havoc & ceria family sebelah Halim nih. Sakan membuli dan menyakat Halim. Apa2 pun, byk gak la ambik pics yg boleh diketengahkan utk custom album tu nanti. Insyallah kita org akan berikan hasil yg terbaik Terima kasih kpd Halim, Anis, Family members, sedara mara dan jiran2 atas layanan mesra. Mintak maaf kalau ada terlebih gurau atau terkasar bahasa. Halalkan makan minum. Insyallah bertemu lagi.


Layari online album mereka

bila la agaknya nk masukkan gamba kt gallery... Wed 13-Feb-2008 03:49
Posted by:halim
boleh tak nak minta quo untuk majlis saya 22 dan 23 ogos 2008 nanti Tue 8-Apr-2008 11:01
Posted by:norizan izzan84@gmail.com
salam...
1st of all...
luv ur shot...
plz giv me where d package should i take...
majlis tunang&nikah pada ari yang same....
majlis dijngka end of jun ou awal julai...(majlis sanding feb 09)
so,nak tanye tuk majlis tunang&nikah dlu...
lokasi majlis...senawang seremban....
plz give me d quotion termsuk sume kos prjlanan.....

Wed 14-May-2008 16:36
Posted by:linda dalinmine0704@gmail.com
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 25-Dec-2007 05:43 Email | Share | | Bookmark
Abdul Halim & Tun Anis Zaireen



Halim & Anis ni merupakan pasangan client kami yg terakhir utk tahun 2007 ni. Ahad yg lepas (23hb) kami cover majlis akad nikah dan kenduri kahwin sebelah pengantin perempuan di Taman Ehsan, Kepong. Walaupun penat cover wedding Rifhan semalamnya masih belum hilang, kami masih memberikan 110% commitment utk merakamkan perjalanan majlis perkahwinan couple nih.

Dalam penat2 tu, sempat gak la menyakat si Anis ni. Awal pagi tu dia called kata majlis akad nikah mungkin nak dipercepatkan sbb pengantin lelaki dah sampai. Saya kata ok, and bagitau yg kita org baru nak on the way. Then dekat2 nak time akad tu dia called lagi.

Anis : Abang dah dekat mana?
azmiman : Hmmm dekat kampung la...
Anis : Hah? Kampung mana?
azmiman : Kampung abang la..
Anis : (terdiam)
azmiman : Hehehhee..abang dah sampai kat masjid daaa..Halim pun ada kat sini..heheheh
Anis : hahahaha..ok saya gerak ke masjid sekarang

Nasib baik Anis maintain cool kena panggilan hangit. Hehhehe. Yg pastinya, Halim mmg nampak cool dlm masjid sementara tunggu Anis sampai. Luaran tu nampak cool la, dalaman tu walahualam. Sure tgh menghapal skrip akad nikah.

Majlis akad nikah berjalan lancar walaupun tok kadi ada tanya soklan pop kuiz kat Halim. Dia suruh Halim sebutkan rukun2 nikah. Kita org pulak yg panik. Hehhehe. Halim dengan macho dan selambanya menjawab soklan tu. Perghh. Kalu si matjep tuh, mau dia jawap rukun negara... "kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja, keluhuran perlembagaan, kedaulan undang2, kesopanan & kesusilaan"..wakakaka..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Apa2 pun, semuanya dah selesai. Majlis telah dijayakan dengan penuh meriah. Cuaca pun cantik. Makanan pun sedap2 belaka. Siap ada live muzik gamelan. Syok la.

Kita org nak ucapkan jutaan terima kasih di atas layanan dan kerjasama yg diberikan. We wish u guys will live happily ever after. Murah rezeki dan dilimpahi rahmat. Moga kekal bahagia selama-lamanya. Insyallah sabtu ni(29hb) kita org akan dtg Muar utk cover kenduri side Halim pulak. Nanti kalu sempat, lepas kenduri tu kita gi shoot outdoor, ok? Ambik gambar kat tgh2 pekan/bandar Muar tu..ada berani???



Congrats!

alamak...nie baru pix intro dh menarik... cant wait to see the rest of the pix...
owh...sempat menyelitkan adegan 'panggilan hangit' ek...
Tue 25-Dec-2007 14:42
Posted by:anis nikita229@yahoo.com
Add comment


Sunday, 23-Dec-2007 03:36 Email | Share | | Bookmark
Mohd Rifhan & Noormakiah



Semalam selesailah sudah majlis perkahwinan anak pak long kami, si Rifhan ni dengan isterinya Noormakiah dekat Kg Serting, Bahau, N.Sembilan. Kalau tak dimintak jadi photographer wedding ni pun, kita orang mmg akan balik kampung sbb Rifhan ni anak tunggal Pak Long & Mak Long kami. So, nak la turut sama memeriahkan majlis dan merasa lauk kenduri kawin si Rifhan nih.

Tetamu yg dtg mmg ramai betul, sampai traffic jam kat jln masuk, kat parking area and kat khemah makan. Tak putus2 tetamu datang, even by the time kita org nak chow chin chow pun masih ada lagi yg baru sampai.

Dah nama pun anak tunggal, majlis pun surelah meriah. Siap ada pertandingan teka jumlah kacang dlm balang and cabutan bertuah. Seronok tgk sedara mara dok enjoy & gelak2..tapi kita org ni as usual la, bila shoot kat wedding sedara mara ni mula la jadi pemalu(poyo) sket. Segan la nak ambik gambar depan kaum keluarga nih...tak tau kenapa. Nak suruh pengantin pose lebih2 pun segan. Hehehe..poyo kan? Tapi kalu kat rumah org lain, ok pulak.

Oh, masa kat hujung2 majlis, si Rifhan ni nyanyi satu lagu. Lagu Tan Sri S.M.Salim. Boleh tahan gak si Rifhan ni nyanyi..ala2 pro je..musti rajin gi karaoke nih. hehehhehe. Noormakiah tak moh nyanyi, dia kata tak pandai nyanyi..iye ke tu? Apa2 pun dia org ni mmg secocok, sorang hensem sorang cantik. Pandai korang jadi pasangan eh?

To Rifhan & Norma, Congratulations & SelamatPengantin Baru. Berbahagia dan berkekalanlah hendaknya. Moga dilimpahkan rahmat dan rezeki. Selamat melayari bahtera merdeka..eh..bahtera cinta. Have a beautiful journey.


xsangka, ghupo eeii...dak 1 klas ngan den maso kek poly dlu dh kahwin....den bru tau!!! hehehehe...apo2 pun congrats yo rifhan.....nt jgn lupo dtg maso wedding den plak yor!!!! Thu 20-Mar-2008 16:14
Posted by:siti zawana binti abdul rani mirna_nbm5762@yahoo.com
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.