Want your
own Fotopage?






 
CandidExposure

By: matjep

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Mar-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
Razak & Azwa

Assalammualaikum

Job kali ni agak berbeza sikit buat kami sebab buat pertama kalinya kami menggunakan khidmat associate photographer kami. Orangnya bukanlah orang baru dalam bidang wedding photography nih. Malahan dia telah terlebih dahulu menceburi bidang ni berbanding kami. Berdasarkan kredibiliti, kebolehan dan pengalaman yg beliau ada, maka kita org(aku & matjep) telah bersetuju untuk mengambil beliau sebagai associate photographer kami. Siapakah beliau? Beliau adalah Encik Jasnie, photographer wedding matjep..perghh..mcm penyampain Anugerah Khas Juri je..hehehhe



Masa wedding Azwa & Razak ni, kita org cover wedding Umi & Hafiz kat Bahau...jadi tak dapatlah nak cover wedding Azwa & Razak ni. Pasangan pengantin ni semasa berbincang dgn matjep & jasnie, telah bersetuju menerima Jasnie sbg official photographer mewakili CandidExposure. Walaupun tidak menjadi offcial photographer, kami sentiasa contact Azwa pada majlis perkahwinannya utk make sure semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah semuanya OK. Kami difahamkan, Jasnie telah membawa 2 org rakan photog Hamlaw & Abuyon sebagai tag along untuk turut sama mengambil gambar & menimba pengalaman. Jadi, semua kredit utk koleksi gambar2 yang diambil utk job ini adalah kepada mereka bertiga.

Insyallah album Azwa & Razak akan kami siapkan mengikut tempoh yg dijanjikan. Hopefully Azwa & Razak akan happy dengan hasilnya. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kpd pasangan pengantin kerana memilih dan mempercayai CE. Saya agak ralat sebab tak berpeluang berjumpa dan berkenalan dgn Razak & Azwa. Insyallah kita akan jumpa semasa penyerahan album nanti? Lastly, tahniah kami ucapkan dan semoga Razak & Azwa berkekalan dan hidup bahagia hingga akhir hayat.

"...Sampai syurga ku cintamu...Hanya kamu" -- Faizal Tahir

takde picture lastest Wed 18-Jun-2008 04:02
Posted by:unnamed
latest..sorii salah eja Wed 18-Jun-2008 04:04
Posted by:unnamed
latest..sorii salah eja Wed 18-Jun-2008 04:04
Posted by:unnamed
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 14:35 Email | Share | | Bookmark
Hafiz & Umi - From Tapah with Love



Assalammualaikum

Hmm seperti yg dijanjikan semlm, ni nak taruk gambar sneak preview utk wedding Hafiz & Umi kat Tapah, Perak(online album later2 yeee). Setakat hari ni, Tapah la tempat paling jauh kat bahagian utara Sem Malaysia yg kita org pernah cover (unless job deal kat Kedah nun, dapat dikompomkan..tgh negotiate harga). Kalu ke bahagian selatan pulak, paling jauh is Johor Baharu. Tgh tunggu offer utk job belah pantai timur pulak..teringin nak shoot belah2 sana. Kalu ada org2 Pahang, Kelantan and Terengganu yg nak kawen, jgn la segan2 contact kita org

Walaupun Tapah tu takde la jauh mana, seawal pukul 830 pagi kita org dah bertolak ke Tapah from KL..saja je nak drive slow2 sambil makan angin..bawak slow2 pun, by 10 pagi dah sampai R&R Tapah..stop utk breakfast..makan kuih2 and bubur nasik..tak berani nak makan sambal2 nih takut cir-bir..tapi last2 bedal gak sikit sambal... org nogori nih kalu tak podeh, tak sah...tak masyukk.

By pukul 11 dah sampai kat simpang rumah si Hafiz ni...cepat la pulak sampai...kenduri eh start pukul 1..so kita org decided nak recci location utk outdoor shooting..tiba2 Hafiz call and tanya kat mana..dah dasar kuat nyakat, dgn confidentnya aku cakap map lupa nak bawak and now dah kat Gopeng near Kellie's Castle (matjep punya idea). Hafiz dah mcm terkedu sbb Gopeng ni dah jauh tersasar drpd Tapah. Matjep dah terkekek-kekek kat sebelah. Ye ye je Hafiz dgn suara cool tapi nervousnya bagitau yg we all dah terlajak..aku cakap, oh ye ke...then Hafiz siap bagi direction patah balik ke Tapah..sian dia...sure panic sbb takde back-up photog...hehehhee..last2 kita org cakap, kita org udah sampeii daaa..baru la suara dia ceria balik Ngeh ngeh ngeh...sori ye hafiz ..gurau2 je.

Cuaca pagi tu mmg cun habis..langit biru..tapi bila dah dekat nak kenduri awan mendung start dtg..alhamdulillah tak hujan time pengantin berarak..sepanjang kenduri pun still ok..cuma hujung2 majlis tu hujan turun..punah la harapan nak buat outdoor shooting..tapi lepas tu ujan berenti balik...so dapat shoot kat kawasan luar sekitar rumah kejap..tu pun rushing sbb ujan turun balik. Ada 1-2 gambar yg boleh pakai..tak pe la, kalu nak shoot outdoor after wedding(post-wedding) pun boleh..kita org bagi la spesel price

Yg paling best and paling mengharukan kita org is bila pengantin berdua ni insist nak bergambar dgn kita org..first time pengantin ajak bergambar nihh..excited giler kita org..hehehehe..so sebelum balik, kita bergambar la berempat pakai self-timer..so dapat la korang semua buat julung2 kalinya menatap wajah matjep & azmiman yg hensem2 belaka itu..wakakaka..perasan.

"CandidExposure memang best dan malatops!"-- Hafiz & Umi

Kepada Hafiz & Umi and families, terima kasih tak terhingga di atas layanan & kerjasama mantap yg diberikan. Doa kami agar korang berdua akan berbahagia hendaknya dlm menempuh alam berumah tangga. Mintak maaf kalau ada terlanjur kata, perbuatan dan gurauan. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi (of course bila album dah siap nanti ). Kalau balik Bahau tu, calling2 ler..boleh lepak2 kat Bahau Bintang Walk(eh ada lagi ke??)..hehehe. Kirim salam pada semua.



mmg best dan meletup2 abg2 ni..
korang hire lah diaorg ni utk photog korang...
memang puas hati habisssssssssssssssss.......
sebab apa ok?..ni sebab dia....jeng-jeng...
harga ok..tak mahal sgt, service lagilah ok.....sanggup tunggu dari pagi sampai ke petang cover kitaorg nyer majlis...(photog lain ader ker?hihi..candid exposure jer tau...)..pastu ada duaorg photographer lagi......then ada tgkap gambor kat luar lagiii... yang paling best..diaorg sempoi, sporting..hehe

akhir skali...minta maaflah kalau spjg 'program berjalan'..ada banyak kekurangan...makan minum tak cukup ker...ongeh ongeh bobonar tgkap gambar kitaorg ni....maklumlah kami ni kdg2 banyak cekadak eh...hehe... kami juga minta maaf seandainya terkasar bhs ngan abg duaorg ni.. ececeh..cam nak rayer pulak..hihi...

Mon 24-Mar-2008 04:34
Posted by:hafiz & ummi
semoga dpt bekerjasama satu hari nantik..... Wed 18-Jun-2008 22:47
Posted by:kak ayu  - [Link]
aku paling suka gambar kat rel ketapi

compo, bokeh mmg cun

memang mengiurkanlah
Tue 15-Jul-2008 08:19
Posted by:Abang Mamat
View all 4 comments Add comment


Monday, 17-Mar-2008 15:33 Email | Share | | Bookmark
Hafiz & Umi - Bahau, N.Sembilan



Assalammualaikum..

Hmm dah lama rasanya tak de update kan site nih. Jan & Feb mmg takde buat wedding job sbb takde org sudi nak meminang kita..heheheh. Tapi bagus jugak la sbb Jan & Feb kita org sgt2 la sibuk dgn keje2 opis. In a way, lega la jugak takde clients time tuh...cuma kekadang tu terasa gian jugak la nak gi shooting.

So, bulan March ni start la 1st job we all utk tahun 2008. Job ni actually dah dibuat booking oleh Hafiz n Umi ni since Oct 2007 lagi. Masa dia org dtg booking dulu tu, rasanya mcm lamaaaa sgt lagi. Tup2 dah sampai pun tarikh tu. Cepat betul masa berlalu.

Umi yg mula2 contact kita org. Dia kata nakkkkk jugak2 org Bahau shoot wedding dia..hehehhe. Masa 1st time jumpa dia org ni last year, Umi bagitau dia pernah duduk kat kg atuk & nenek we all. Selidik punya selidik rupa2nya Umi ni masa zaman budak2 dulu pernah mengaji dgn arwah atuk ulung (adik ipar nenek) kita org. What a small world. Kita org pun selalu gak la main kat court badminton depan rumah sewa dia tuh..tapi kita org tak perasan la pulak si Umi ni time tuh..comot sgt kot si Umi time tu..wakakakkaka..ampunnnn.

Dia org ni kawen time org sibuk nak ngundi. Plan asalnya akad nikah belah siang..tup2 Pak Lah kata ngundi jatuh pd hari 8hb tuh. So kena la postpone akad nikah belah mlm lepas isyak. Bagus jugak la, sempat la kita org pi ngundi dulu sebelum balik Bahau. Punya la jem..bertolak from KL pukul 12tghari, sampai Bahau pukul 5 ptg..perghhhhh naik kematu punggung. Sampai kat rumah parent matjep, tgk2 ada kad jemputan kawen atas almari TV..design pun very the familiar..laaaa kad jemputan wedding Umi & Hafiz nih..kat rumah parent aku pun ada jugak kad tuh...bila gi kenduri dia org, ramai betul kaum kerabat kita org ada kat sana..in fact, caterer dia org ni pun rupanya pakcik aku..sudahnya naik segan pulak nak shoot gamba..lomah den bilo ado sedaro maro nih...sogan ya amat..hehehe

Habis kenduri, kita dapat kidnap Umi & Hafiz utk outdoor shooting. Ingatkan dah takde harapan nak gi shooting outdoor sbb ujan turun..last2 minit ujan berenti..so sempat la shoot kat sawah padi(umi punya request) and kat stesen keretapi Bahau. Glamer dia org ni sbb masa kat stesen tuh, ramai la peminat yg bawak kereta, motor, lori, van, etc dok hon2 dia org..hehehe. Apa2 pun dia org ni mmg best..sporting habis and gila2..Hafiz tak habis2 buat lawak time posing. So, itu la alkisahnya...nanti we all taruk entry wedding dia org kat Tapah pulak. Stay tune!


Misz_Bless : Terima kasih. Tahun ni baru nak masuk tahun ke-2..oo ada dtg Tapah eh, yg mana satu ye?

Shah: Terima kasih jugak. Berkat tunjuk ajar Bro Adan jugak la. Turunkan skill?..heheh..segan pulak..takde la terer mana pun..byk yg nak diperbaiki lagi..tapi kalu Shah turun KL, boleh la calling2 kita org..kita sembang2..senang kita nak share ilmu takat apa yg ada
Tue 18-Mar-2008 15:54
Posted by:azmiman  - [Link]
ummmie....cantiknyer ko!!! aper2 pun wana nk ucapkan congrats & semoga berbahagia selamayer....hehehehe!!! Happy yer Thu 20-Mar-2008 16:16
Posted by:siti zawana binti abdul rani mirna_nbm5762@yahoo.com
huhu.....tak sabau nyer aku nak tgok album kahwin kami ni.. huhu... abg azmi ngan abg mat jep tgh buat per tu? ekeke.... (buat2 tanya pulak aku nih...tak pasal2 kono hompuk kang.)..
pstt... buat comey2 deh..

abg azmi.. nanti nama saya letak double M tau.. UMMI...nanti menangis lak lagi sorang M tu tak letak sebelah dengan twin dier...hehe..

(misz blez aka nawi------> aku nyer gelak tak leh kontrollah..mesti gigi nampak..huhu)
Mon 24-Mar-2008 04:18
Posted by:ummi
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 1-Jan-2008 20:09 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal 2007, Selamat Datang 2008

Assalammualaikum

Berlabuhlah sudah tirai tahun 2007. Tahun yang amat bermakna buat kami berdua di CandidExposure. Hari ini genaplah setahun kami berdua melahirkan & membesarkan CandidExposure dengan penuh rasa kasih dan tanggungjawab. Hari ini kami bangga melihat 'anak' kami yang dulunya merangkak, kemudiannya bertatih dan kini sudah boleh berlari-lari anak. Insyallah tahun 2008 ini kami akan cuba menjadikan CE pantas berlari menuju ke puncak kejayaan.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua ex-clients kami kerana begitu yakin dengan bakat dan kebolehan kami untuk merakamkan detik2 penting mereka semua, terutamanya kepada client2 terawal kami(you know who you are!) yang membuka peluang kepada kami untuk berlatih dan berkarya secara serius. Tanpa kalian semua, CE tidak akan ke mana. Thank you for believe in us!

Entry penutup 2007 blog fotopages ini kami tribute kan khas kepada ex-clients kami for year 2007. Sesungguhnya kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan anda semua. Semua kenangan manis yg kami lalui tidak akan kami lupakan. Kenangan pahit? NONE! Semuanya manis2 dan indah2 belaka. Kepada pasangan2 pengantin, kami doakan kalian semua akan sentiasa berbahagia dengan pasangan masing2 selagi hayat dikandung badan, dimurahkan rezeki dan rahmati Allah. Kepada business clients kami, didoakan agar perniagaan anda akan semakin maju dan cemerlang. Amin.





Nice knowing you guys dan anda semua bukan hanya setakat clients kami...anda semua sudah menjadi kawan2 kami. Kalau terjumpa kami kat mana2 tu, tegur2 la ye. Kepada mana2 pasangan yg sudah dikurniakan cahaya mata, tahniah kami ucapkan...so far, pasangan Jaey & Zana baru dapat baby..yg lain2 tu, sudi2 kan la update kita org... Terima kasih sekali lagi dan mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan. Majulah sukan untuk negara.

saya nak tanya , untuk package bertunang berapa dia punya kos?
Saya akan bertunang pada 08.08.2008 .
Tempat Taman Melati , Gombak KL
minta quotation utk wedding pic gak...
TQ
Tue 11-Mar-2008 16:08
Posted by:AS asthmara@gmail.com
Arie, shah & azam..terima kasih atas kata semangat. Byk lagi yg kita org boleh perbaiki.

Anis : yeah kompom kita cover paya jaras April nanti. See you n hubby kat sana naaa

Suhani : You've got mail!

As : 8.8.8 tu awal2 lagi org dah booked..maaf ye. Tapi utk majlis kawen u nanti, insyallah kalu takde booked date yg clashes dgn date u, boleh la we all cover. You've got mail!
Sun 16-Mar-2008 14:35
Posted by:azmiman  - [Link]
saya nk mntk quotation utk wedding pics bleh..28 n 29 nov ni k melaka.. Mon 12-May-2008 17:53
Posted by:faizah kfs189@yahoo.com
View all 34 comments Add comment


Monday, 31-Dec-2007 08:37 Email | Share | | Bookmark
Halim & Anis - Muar



Wedding Halim & Anis kat Muar nih merupakan job terakhir CandidExposure untuk tahun 2007. Sekejap betul masa berlalu...

Tak tau la sbb terlampau excited atau sbb mmg kita org ni sengal, we all sampai rumah Halim awal ya amat pagi tu. Pengantin start bersiap-siap pukul 12 tgh hari, tapi by 10 pagi kita org dah terpacak kat situ. Itu pun matjep dah drive ala2 bersiar-siar ptg and kita org stop kat hentian Nilai for breakfast. Tapi baguih gak sampai awal, boleh tenang2kan pikiran sambil recci2 tempat2 nak shoot outdoor.

Since dah sampai awal, kita org shoot la majlis Khatam Quran anak2 murid kpd ibu si Halim nih. At least dapat gak warming up shoot the pengantin later. Hehhehe. Sementara tunggu majlis start, kita org pi layan makan cendol sagu kat hujung kawasan taman tuh. Hari pun tgh panas terik, layan plak cendol sejuk..perghhh manyak syiokkk. Seronok sembang dgn akak cendol yg peramah tuh. Dia kata, sapa2 nak jual cendol sagu tuh ala2 ala franchise boleh la contact dia. Dia akan supply cendol & gula..and siap ajar camna nak bancuh utk dijual. Sapa2 berminat, boleh la contact Aida(012-76643418) atau Zairun(012-7546277).

Ok, back to wedding Halim & Anis. Kaler tema kat Muar ni, warna biru muda. Cantik and sweet. Cuaca pun cun dgn langit birunya...matjep pun dgn otak birunya..so sumer la ikut tema biru..wakakakaka. First time pi wedding yg tak pakai khemah sbb depan rumah tu ada basket ball court + badminton court yg berbumbung. So, jamuan makan dibuat kat situ. Sejuk dan nyaman...memang selesa la. Lauk pauk pun sedap2 belaka especially acar buah.

Pukul 2 ptg pengantin baru start berarak. Terus potong kek and makan beradap. Sambil makan, ada persembahan tarian melayu oleh sepupu2 perempuan Halim. Rasa mcm tgk Citrawarna plak..hehehhe. Lepas makan2, shoot pics dia org kat pelamin and dlm bilik. By 4 something kita org kidnap Halim n Anis utk ambik gambar outdoor kat tepi sungai(Pantai Leka) and kawasan2 sekitar. Hajat dihati nak shoot gambar kat satu rumah buruk terbiar kat dlm semak tu, tapi kansel sbb takut membahayakan kesihatan pengantin baru

Mmg havoc & ceria family sebelah Halim nih. Sakan membuli dan menyakat Halim. Apa2 pun, byk gak la ambik pics yg boleh diketengahkan utk custom album tu nanti. Insyallah kita org akan berikan hasil yg terbaik Terima kasih kpd Halim, Anis, Family members, sedara mara dan jiran2 atas layanan mesra. Mintak maaf kalau ada terlebih gurau atau terkasar bahasa. Halalkan makan minum. Insyallah bertemu lagi.


Layari online album mereka

bila la agaknya nk masukkan gamba kt gallery... Wed 13-Feb-2008 03:49
Posted by:halim
boleh tak nak minta quo untuk majlis saya 22 dan 23 ogos 2008 nanti Tue 8-Apr-2008 11:01
Posted by:norizan izzan84@gmail.com
salam...
1st of all...
luv ur shot...
plz giv me where d package should i take...
majlis tunang&nikah pada ari yang same....
majlis dijngka end of jun ou awal julai...(majlis sanding feb 09)
so,nak tanye tuk majlis tunang&nikah dlu...
lokasi majlis...senawang seremban....
plz give me d quotion termsuk sume kos prjlanan.....

Wed 14-May-2008 16:36
Posted by:linda dalinmine0704@gmail.com
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 25-Dec-2007 05:43 Email | Share | | Bookmark
Abdul Halim & Tun Anis Zaireen



Halim & Anis ni merupakan pasangan client kami yg terakhir utk tahun 2007 ni. Ahad yg lepas (23hb) kami cover majlis akad nikah dan kenduri kahwin sebelah pengantin perempuan di Taman Ehsan, Kepong. Walaupun penat cover wedding Rifhan semalamnya masih belum hilang, kami masih memberikan 110% commitment utk merakamkan perjalanan majlis perkahwinan couple nih.

Dalam penat2 tu, sempat gak la menyakat si Anis ni. Awal pagi tu dia called kata majlis akad nikah mungkin nak dipercepatkan sbb pengantin lelaki dah sampai. Saya kata ok, and bagitau yg kita org baru nak on the way. Then dekat2 nak time akad tu dia called lagi.

Anis : Abang dah dekat mana?
azmiman : Hmmm dekat kampung la...
Anis : Hah? Kampung mana?
azmiman : Kampung abang la..
Anis : (terdiam)
azmiman : Hehehhee..abang dah sampai kat masjid daaa..Halim pun ada kat sini..heheheh
Anis : hahahaha..ok saya gerak ke masjid sekarang

Nasib baik Anis maintain cool kena panggilan hangit. Hehhehe. Yg pastinya, Halim mmg nampak cool dlm masjid sementara tunggu Anis sampai. Luaran tu nampak cool la, dalaman tu walahualam. Sure tgh menghapal skrip akad nikah.

Majlis akad nikah berjalan lancar walaupun tok kadi ada tanya soklan pop kuiz kat Halim. Dia suruh Halim sebutkan rukun2 nikah. Kita org pulak yg panik. Hehhehe. Halim dengan macho dan selambanya menjawab soklan tu. Perghh. Kalu si matjep tuh, mau dia jawap rukun negara... "kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja, keluhuran perlembagaan, kedaulan undang2, kesopanan & kesusilaan"..wakakaka..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Apa2 pun, semuanya dah selesai. Majlis telah dijayakan dengan penuh meriah. Cuaca pun cantik. Makanan pun sedap2 belaka. Siap ada live muzik gamelan. Syok la.

Kita org nak ucapkan jutaan terima kasih di atas layanan dan kerjasama yg diberikan. We wish u guys will live happily ever after. Murah rezeki dan dilimpahi rahmat. Moga kekal bahagia selama-lamanya. Insyallah sabtu ni(29hb) kita org akan dtg Muar utk cover kenduri side Halim pulak. Nanti kalu sempat, lepas kenduri tu kita gi shoot outdoor, ok? Ambik gambar kat tgh2 pekan/bandar Muar tu..ada berani???



Congrats!

alamak...nie baru pix intro dh menarik... cant wait to see the rest of the pix...
owh...sempat menyelitkan adegan 'panggilan hangit' ek...
Tue 25-Dec-2007 14:42
Posted by:anis nikita229@yahoo.com
Add comment


Sunday, 23-Dec-2007 03:36 Email | Share | | Bookmark
Mohd Rifhan & Noormakiah



Semalam selesailah sudah majlis perkahwinan anak pak long kami, si Rifhan ni dengan isterinya Noormakiah dekat Kg Serting, Bahau, N.Sembilan. Kalau tak dimintak jadi photographer wedding ni pun, kita orang mmg akan balik kampung sbb Rifhan ni anak tunggal Pak Long & Mak Long kami. So, nak la turut sama memeriahkan majlis dan merasa lauk kenduri kawin si Rifhan nih.

Tetamu yg dtg mmg ramai betul, sampai traffic jam kat jln masuk, kat parking area and kat khemah makan. Tak putus2 tetamu datang, even by the time kita org nak chow chin chow pun masih ada lagi yg baru sampai.

Dah nama pun anak tunggal, majlis pun surelah meriah. Siap ada pertandingan teka jumlah kacang dlm balang and cabutan bertuah. Seronok tgk sedara mara dok enjoy & gelak2..tapi kita org ni as usual la, bila shoot kat wedding sedara mara ni mula la jadi pemalu(poyo) sket. Segan la nak ambik gambar depan kaum keluarga nih...tak tau kenapa. Nak suruh pengantin pose lebih2 pun segan. Hehehe..poyo kan? Tapi kalu kat rumah org lain, ok pulak.

Oh, masa kat hujung2 majlis, si Rifhan ni nyanyi satu lagu. Lagu Tan Sri S.M.Salim. Boleh tahan gak si Rifhan ni nyanyi..ala2 pro je..musti rajin gi karaoke nih. hehehhehe. Noormakiah tak moh nyanyi, dia kata tak pandai nyanyi..iye ke tu? Apa2 pun dia org ni mmg secocok, sorang hensem sorang cantik. Pandai korang jadi pasangan eh?

To Rifhan & Norma, Congratulations & SelamatPengantin Baru. Berbahagia dan berkekalanlah hendaknya. Moga dilimpahkan rahmat dan rezeki. Selamat melayari bahtera merdeka..eh..bahtera cinta. Have a beautiful journey.


xsangka, ghupo eeii...dak 1 klas ngan den maso kek poly dlu dh kahwin....den bru tau!!! hehehehe...apo2 pun congrats yo rifhan.....nt jgn lupo dtg maso wedding den plak yor!!!! Thu 20-Mar-2008 16:14
Posted by:siti zawana binti abdul rani mirna_nbm5762@yahoo.com
Add comment


Thursday, 20-Dec-2007 09:23 Email | Share | | Bookmark
Baiti's - Authentic Malay Cuisine

Assalammualaikum

Mula2 sekali nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat yang mengunjungi laman web nih. Semoga Aidiliadha tahun ini lebih bermakna kepada kita semua. Tahun ni kami berdua beraya di Kuala Lumpur, dan insyallah besok (Jumaat) balik Bahau. Balik sbb cuti raya and ada kenduri kawen kat kampung. Ambik gambar kawen? Sudah tentu



18 & 19hb hari tu, saya dapat assignment shoot gambar food utk Baiti's di Tmn Tun. Owner dia, En. Shahizan, ni kawan kepada kawan2 saya. Kawan saya tu la yg gatai mulut promote kat dia kata saya boleh shoot gambar food..padahal masa tu saya baru habis kursus ambik gambar food dgn Sdr Azhararrif. So, saya pun jumpa la dgn En Shahizan ni sambil lunch-lunch dgn kengkawan saya tu..and kita org talk casually pasal nak shoot food nih. Ingatkan takat tu je, tapi tup2 last week En Shahizan called and tanya when we can start shooting. Terkejut gak, tapi dlm hati of course excited. Terharu dgn kepercayaan yg diberi.

So semlm, selepas 2 hari shooting, selesai la sudah kerja. Tinggal tunggu pilih gambar & editing sket. Sementara tuh, boleh la tgk serba sikit hasilnya kat laman nih...sorry kalu gambar tak capai standard..first timer la katakan...



Baiti's ni serves masakan melayu yg asli mengikut resipi2 ibu kpd En Shaizan ni, Datin Hanim. Shooting kali ni saya berpeluang menyentuh dan merasai model2 saya..perghh mmg sedap dan lazat...heheheh..kalau tak caya, boleh la dtg ke Baiti's. Personally saya rekomen Lontong dan Pengat Durian sejuk.

Terima kasih tidak terhingga kpd En Shahizan kerana peluang & kepercayaan yg diberi kepada saya, kepada Aunty Hanim yg tak jemu2 melayan saya masa shooting dan tak lupa kepada semua staff Baiti's yg sgt kelakar, rajin, friendly dan penuh dedikasi menjayakan shooting session itu. Tanpa kerjasama from the whole team, tak ke manalah saya...and yes, terima kasih jugak kpd anak buah saya Asyaraf yg jadi assistant & peneman saya..dan of course terima kasih forever buat cikgu food photography saya, Sdr Azhararrif sbb sudi melayan sms/call saya dok tanya pasal food photography nih.

Photographer : azmiman (012-2990666)

wah, aku juga tak berkesempatan lagi cam ko, anyway congrats, gambar sumer lawa2...teringin plak aku nak makan, huhuhu Thu 17-Jan-2008 15:23
Posted by:aminrazali  - [Link]
Nampak sungguh menyelerakan!! Syabas!!
Rasa teringin pulak nk menuntut dgn Sdr Azhararrif.

*dengar kata buat fulltime skang ye.
Fri 18-Jan-2008 05:22
Posted by:BlueShades @ MHK STUDIO  - [Link]
saya nak tanya , untuk package bertunang berapa dia punya kos?
Saya akan bertunang pada 08.08.2008 .
Tempat Taman Melati , Gombak KL
minta quotation utk wedding pic gak...
TQ
Tue 11-Mar-2008 16:30
Posted by:AS asthmara@gmail.com
View all 6 comments Add comment


Friday, 14-Dec-2007 06:15 Email | Share | | Bookmark
Zubir & Siti Noorezrin



"Balik kampunggg...oo ooo oooo balik kampunggg..hati girangggggg"

hehehheh...sekali lagi kita org dapat buat assignment kat Bahau and kali ni mmg dekat kampung sebelah jek...Kampung Jambu Lapan.. penduduknya memang jambu-jambu belaka..drpd yg tua sampai la yg muda

Kat area situ mmg ada ramai sedara mara kita org..tapi bukannya kenal sgt pun sbb jarang pegi sana..actually mmg tak pernah pegi sana..sbb kenduri si Erin dgn Zubir ni la kita orang baru jejak kaki ke sana.

Erin & Zubir ni dah start bercinta sejak zaman sekolah lagi..zaman Sekolah Menengah Datuk Mansor. Duduk pun dekat2 kampung tu jugak laa... Erin ni mmg kita org dah jumpa masa kat KL during discussion & consultation pasal job nih...orangnya mmg gila-gila remaja..so mmg sekepala la...Zubir plak, masa hari akad nikah baru jumpa... biasalah, mula2 tu dia malu2..bila dah lama2 sket, boleh tahan mat overnya..hehehhee...mmg padan la dgn si Erin tuh.

Dalam dok shoot2 tuh, ada plak sedara mara kita org kat situ..rupa2nya nenek sedara kita org ada kena mengena dgn family Erin. Abang kpd si Zubir plak, kawan si matjep masa sekolah Batu Kikir. What a small world...and apparently Erin & Zubir ni kenal pulak dgn Jihah(Nazihah - entry 27 Aug 2007) sepupu kita org tuh. Erin cakap si Zubir pernah Sehati Berdansa dgn si Jihah masa zaman sekolah dolo2..wakakakakka.

Wedding kali ni, baru la dapat kidnap pengantin gi buat outdoor shooting. Kita org bawak couple ni pegi sawah Kampung Lonek...malangnya padi baru je kena tuai..waaaaaa..tapi sbb dah sampai situ, kita org shoot jugak laa..heheheh..and masa hari kenduri, dapat pulak shoot dia org dlm kebun getah..kebun tu depan rumah si Erin ni je..hehehhe. So, best la kali ni..new experience..gambar2 pun byk for selection utk album.

Ok la, nak pi semayang Jumaat dah ni. Akhir kato, selamat pengantin baru kepado Erin & Zubir. Kito org doakan korang berduo hidup bahagio sampai akhir hayat. Mogo murah joki, anak2 pun ghamai. Kok ado terlanjur kato and telobeh gurau tu, kito org mintak maap la yooo. Biaso laa, bilo dah suko2 bona tu kadang2 terlopeh cakap. Trimo kasih la ateh layanan yg diboghi. Sodap lauk2 kenduri tu espcially ikan masin tuh. Lapa pulak porut den nih. Kim salam kek omak, abah, adik beradik dan sedaro maro kao yooo. Lain kali kito jumpo lagi.



Photographers : azmiman(012-2990666) & matjep(019-2515158)

congratz pd pengantin editing yg kemas Sun 16-Dec-2007 11:21
Posted by:++ FarEast Canon Shooter ++  - [Link]
huhu..alhamdulillah selesai sudah majlis kahwinku...skrg x sabar nak tgk gmbr daripd diaorg nih..xtually, diaorg mmg best giler..bak kata my hubby, profesional n klakar...dgn diaorg nih asyik nak gelak je..mmg korg x nyesal punyerla..mula2 kitaorg syg gak nak kuarkan duit utk gmbr kawin,p bile dah jumpe diaorg n tgk keje diaorg nih,korg pasti pk blk..mmg pueh hati!!! Tue 18-Dec-2007 09:03
Posted by:erinz erin_uitm@yahoo.com
wah....nice editing....boleh tunjuk ajar?

http://creativelyshot.fotopages.com/
Tue 29-Jan-2008 12:49
Posted by:zool  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 20-Nov-2007 08:36 Email | Share | | Bookmark
Mohd Zulkhairy & Shahirah and Muhammad Labib & Shahidah


Mohd Zulkhairy & Shahirah

Assignment kali agak mencabar buat kami berdua sbb first time ada 2 pasangan pengantin serentak. Tambahan pulak, segala urusan & perbincangan sebelum kami dihire adalah melalui parents kedua-dua pengantin perempuan. Jadi kami tidak berpeluang utk berkenalan dgn lebih rapat dgn kedua-dua adik beradik tu seperti kebiasaan yg kami lakukan dgn semua clients kami. Masa dok bincang2 dgn parents dia org nih pun(bulan April), dia org cuma keluar bilik sekejap aje tgk sample album lepas tu masuk ke bilik. So, mmg tak perasan and tak ingat langsung rupa pengantin2 nih.

Tapi alhamdulillah, dia org berdua ni and hubby masing2 sporting aje. Si kakak(Shahirah) dan suaminya(Mohd Zulkhairy) memang agak pemalu orangnya. Si adik(Shahidah) dan suaminya(Muhammad Labib) pulak, totally the opposite. Walaupun tak sempat nak kenal2 dgn dia org semua before wedding tuh, alhamdulillah kami cepat mesra (mcm ex-clients kami yg lain)..so bila dah ngam tuh, bertambah senang nak bekerjasama...dan bertambah sedap menyakat.

The easier part(ambik gambar) dah settled, now tinggal nak buat/design albumsss pulak. Nak kena tarik nafas panjang2 nih..hehhehe .Anyway, kepada kedua-dua pasangan mempelai, kami mendoakan yg terbaik buat kalian berempat. Semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat. Kepada kaum keluarga(terutama En Sharif & Pn Fauziah) dan sanak saudara, terima kasih diucapkan atas layanan yg diberi. Kalau ada terkasar bahasa atau terlebih gurau, mohon dimaafkan.


Muhammad Labib & Shahidah

ps. Online album belum sempat nak up lagi sbb nak bagi tumpuan kpd albumsss dulu.

salam... boleh email pakej yg u offer... Tue 4-Dec-2007 09:59
Posted by:shamsilawati a.shamsilawati@yahoo.com
Nicely captured bro!!
Keep it up
Fri 7-Dec-2007 05:21
Posted by:Sweet Moments Photo Principal  - [Link]
assalamualaikum w.b.t..
alhamdulillah, buat kali pertamanya pengantin melihat web photo pages ni.
boleh tahan jgk editing gmbr2 yg di buat oleh mereka2 ni. kami pasangan 2 pengantin pun berpuas hati dengan gmbr2 yg telah di hantar pd kami 3 minggu selepas perkahwinan berlangsung.. bagi kami jgk, harga pekej yg di tawarkan memang puas hati.. yg penting bila tengok gmbr2 yg telah siap, anda semua akn terpegun dgn gmbr2 yg telah siap.. mcm bukan diri anda yg sebenar rasanye..he..he. anyway, pekej yg kami dpt pun dlm 1ribu lebih la.. insyaallah, kalau anda mencuba, anda semua akn berpuas hati.. yg penting cuba.. ok.. ckup setakat ini.. jumpe len kali.. .....
Mon 24-Dec-2007 06:21
Posted by:muhammad labib bin abdul aziz adiklee2000@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.