Want your
own Fotopage?






 
CandidExposure

By: matjep

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Nov-2007 03:11 Email | Share | | Bookmark
Sekolah Menegah Datuk Abdul Samad (SMDAS) Batch 84 Reunion



Assalammualaikum semua..

Selepas dah 2 bulan break (puasa & raya), kalau ikutkan jadual asal next event (wedding coverage) will be on 16 & 17 Nov nih. Tapi ada pulak last minute request drpd org yg rapat mintak kami jadi official photographer(OP) utk reunion batch dia pada 11hb baru2 nih. Ikutkan hati mmg agak berat nak terima job nih sbb weekend tu masih byk jemputan open house walaupun raya dah lepas..hehehe. Tapi sbb tak nak hampakan harapan org, kita org layannnn la jugak.

Reunion ni is reunion students SMDAS batch '84...hmm 1984 tu saya baru darjah 4 & matjep baru darjah 2..hehehe. Since sekolah ni sekolah kat NS, majlis ni pun berlangsung kat Allson Klana Seremban. Started at 8pm sampai la nak pukul 1 pagi...show overrun katanya..heheheh. Ramai jugak yg turned up, dlm 100 lebih rasanya. Syok betul tgk dia org jumpa kawan2 lama after so many years tak jumpa...yang bestnya, masing2 still boleh recognize each others except for some yg dah totally changed agaknya. Beberapa cikgu2 & guru besar zaman dia org dulu telah turut hadir memeriahkan majlis. Tak ingat plak nama cikgu2 tu kecuali nama guru besar je, Datuk Haji Sulaiman.

Sepanjang event tu kita org mmg dok sengih2 and gelihati sbb SEMUA org cakap loghat NS termasuklah VIPs. Speech pun cakap NS, so mmg asyik la dok tergelak je dengar tukang bagi ucapan buat lawak especially part cerita zaman2 sekolah dulu. Byk jugak nasihat2 berguna yg boleh diambik from ucapan2 malam tu.

Dah dekat hujung2 event, saya dok asyik la terpikir, mcm pernah tgk je Datuk Hj Sulaiman tu..tapi di mana yaaa. Last2 baru saya ingat...dia pernah jadi guru besar sekolah saya jugak, Sekolah Menengah Batu Kikir!(sekolah matjep jugek). Terus teringat kenangan lampau masa saya form 3. Masa tu dia baru jadi guru besar. Datuk nih mmg garang ya amat masa dulu2 tu. Mcm2 dia buat & introduce utk jadikan kami student cemerlang. Kalau beratur luar kelas sementara nak masuk kelas, WAJIB baca nota. Ada sekali tu, saya and beberapa geng lupa bawak nota masa beratur and kebetulannya dia pun lalu. Terus dia 'ajak' we all masuk bilik dia (Bilik dia sebelah kelas kita org je) and dia bawak keluar rotan. Dia suruh salah sorang kawan saya tu tonggeng and peluk kerusi dia. Yg kelakarnya kerusi dia tu yg jenis kerusi2 big bos kat opis tuh and kawan saya tu plak pegi peluk kerusi tu drpd belakang..mana nak sampai tangan...terkial-kial la dia nak peluk kerusi yg dok terpusing2 tuh...hehehe...Last2 guru besar ni tak jadi rotan kita org. Acah mak enon je rupanya..saja nak bagi gempak lagi pun kita org nih drpd kelas yg paling top *perasan* wakakakka. Dia cuma bagi nasihat dan lepaskan kita org. Phewwww. Sejak drpd kejadian tu, nota sentiasa ada dlm poket and dah jadi habit pulak baca nota bila tak buat apa2, bukan takat time beratur je...time tunggu bas, time tunggu kawan, etc. Besar jasa Datuk Haji Sulaiman nih walaupun apa yg dia suruh buat tu nampak kecik(baca nota masa beratur luar kelas) tapi effect & impactnya amat besar. Seronok bila dapat jumpa dia sekali lagi after 18 years. Dapat la menyapa & salam dgn dia sebelum dia beredar balik. Best!

Tiba2 teringin pulak nak buat reunion dgn classmate kita org masing2 masa zaman Sekolah Menegah Batu Kikir dulu ... apa khabar la dia org tu semua agaknya ...sat gi nak try carik balik la dia org semua ...hello Bukit Aman..JPN..FBI..CIA...CSI(simpang malaikat.. )

Lihat Online Album mereka di sini
ps. Untuk mendapatkan gambar2 yg high quality/resolution, sila hubungi AJK SMDAS84.

sogan den nk jompo kau! Yo lah kau tu glamour dlu! skg x do dah... samo yo cam den.. Wed 10-Sep-2008 03:42
Posted by:suarasa
Add comment


Sunday, 16-Sep-2007 15:29 Email | Share | | Bookmark
Redza Shawal & Salini



First of all, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih diberkati dan dirahmati Allah. Sekejap je dah bulan puasa kan? Cepat betul masa berlalu.

Ok, nak cerita pasal assignment terakhir kami sebelum Ramadhan ni. Salini a.k.a SleepyPooh ni masa dia dok contact kami utk confirmkan assignment nih, dia ada kat London. Agak last minit jugak la kiranya sbb time tu lagi sebulan dia nak kawin. Initially kami mmg dah block tarikh yg dia nak book tu sbb kami dah nak start take a break sampai bulan November nanti. Tapi sbb dia kat London and dah tak berapa sempat nak cari photog lain, so kami dgn besar hati terima juga la assignment dia ni. Kesian kat dia actuallynya sbb nak kena uruskan semua hal from sana.

Selalunya mmg kami akan make sure untuk berjumpa dan berkenalan secara face-to-face dgn bakal client kami. Ni semua utk memudahkan kerja masa shooting nanti. Ye la, bila dah kenal serba sikit tu, tau la sikit perangai masing2. So, tak de la kekok and segan nanti. Tapi kes Salini ni lain la pulak sbb kami mmg tak berpeluang jumpa dia. Dia balik M'sia seminggu sebelum wedding and itupun dia bz dgn urusan2 nak kawin ni. Dia kata, tak pe la bang, saya percaya dgn hasil kerja abg berdua and insyallah kita akan mesra nanti. Erkkk risau pulak kami. Tapi dah dia cakap mcm tu, kami pun tawakal aje la .

Dua hari sebelum wedding day, dia call kami kata nak tambah sehari lagi. Intially mintak cover utk 8hb(Melaka) dan 9hb(Seremban). Tapi last minit mintak tambah 7hb(Melaka) sbb ada malam tukar2 baju. So, jumaat ptg after opis, kami terus memecut ke Melaka...sampai sana 1/2 jam lewat sbb jam ya amat nak keluar KL and kita org sesat kat bandar Melaka..heheheh

Memang betul la cakap dia, first time jumpa dia, mmg terus mesra habis. Bukan dgn dia aje, dgn mak2 andam dia kita org mesra sekali. . So, senang la keje shoot pics dia mlm tu. Malam tu start shoot pukul 10 and mak andam tu kata ada 7 baju! Kita org ingat sure habis pagi2 buta..tapi surprisingly mak andam tu keje dia laju. Pukul 12 mlm dah settle semua. Phewww. Lepas abis keje, baru teringat nak makan. Perghhhh sedapnya lauk mlm tu. Simple tapi lazat dan berkrim. Hehehhe. Lauk daging masak asam + ikan masin + sambal belacan + sup ...ishhh lapar la pulak rasanya

Besoknya akad nikah kat Masjid Pengkalan Rama. Menurut ceritanya, kat sini la cinta mereka berputik..kalu tak silap time tu depa sekolah menengah and ada buat project assigment kat situ. Ooo dating kat mesjid ehhh..hehehhe. Anyway, pagi tu we all sesat lagi! Hotel tempat we all stay mlm tu(thanks Salini sbb sponsor hotel utk we all) dah dekat dgn masjid tu..tapi ntah apa la jinx kita org ni, sesat lagiii nak ke masjid tu..dah sampai masuk ke jln nak ke Klebang dah.Nasib baik kita org patah balik and asked around. Alhamdulillah sampai on time. Kat sini first time jumpa dgn Redza a.k.a Ropol(hehehe..salini yg bagi). Cool guy, totally opposite dgn Salini yg agak 'meriah'. Hehhehe. Dengan sekali lafaz, maka sahlah Salini menjadi isteri Redza. Abis akad nikah, we all gerak ke rumah Salini utk shoot lagi satu persalinan, Jawa. Nak tau, kami sesattttttttttttttttttt lagi! Tak pernah kita org sesat teruk mcm ni..actually before this mmg tak pernah sesat langsung. Apalah nasib..hehehhe. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar lepas tu and tanggungjawab telah kami laksanakan sebaik mungkin.

Keesokkan harinya, majlis di rumah Redza di Seremban pulak. Cuaca mmg cantik pagi tu dengan langit membiru sedondon dgn baju dia org yg warna biru Dipendekkan cerita, kendurinya yg dibuat di dalam dewan mmg meriah siap dgn joget lambak masa end of the wedding day. The best part, Redza siap menyanyikan sebuah lagu dgn iringan live band lagi! Kami sangat kagum dgn org2 yg boleh nyanyi dgn iringan live band ni sbb bukannya mudah ye. Not bad la nyanyian si Redza ni..we actually enjoyed it so much. Penat mmg penat, tapi semua tu hilang bila tgk semua org especially pengantin berdua tu happy and had so much fun. Kami doakan agar kebahagian itu berkekalan sampai akhir hayat. Pada ketika saya menulis entry ni, kami difahamkan Salini dan hubby dlm perjalanan pulang ke kota London. Kami akan post gambar2 sekitar wedding mereka dlm online album mereka. Hopefully they like it. Selamat jalan our friends!

Layari Online Album mereka di sini


gambar semua D.O.F.
Tue 9-Oct-2007 07:49
Posted by:razakramli customax6@yahoo.com
Depth Of Field (DOF) atau dalam bahasa melayunya Medan Ketajaman Gambar. Tue 9-Oct-2007 07:55
Posted by:razakramli customax6@yahoo.com
ada yg baru tak pic? Mon 12-Nov-2007 06:19
Posted by:chena
View all 6 comments Add comment


Friday, 14-Sep-2007 05:01 Email | Share | | Bookmark
Redza & Salini


askom bro...
saya ada hantar email kat bro pakai private msg.. ada dapat tak?
free tak time tu? boleh bagi quotation kat saya? pakai email sy k..

tq
Thu 20-Sep-2007 00:01
Posted by:ummi nurhummidah@instun.gov.my
Ummi, u got mail! Thu 20-Sep-2007 02:51
Posted by:azmiman
Add comment


Monday, 27-Aug-2007 01:25 Email | Share | | Bookmark
Nasrul & Nazihah



Nazihah atau lebih mesra kami panggil Jihah adalah adik sepupu kami. Anak perempuan yg bongsu dlm family. Manja? Sudah pasti! hehehehe. Jihah ni awal2 lagi dah booked kita org..kalau dia tak book pun, mmg kita org paksa dia ambik kita org..heheheh..sah2 memang kena dtg wedding dia. so might as well la kan..

Wedding dia org kat Bahau ni tak de sanding2..pelamin pun takde. Simple tapi tetap meriah. Jihah lepas didandan mmg nampak lain habis. Adik beradik and sedara mara dia dok ngusik, betul ke ni Jihah? Hehehhe..Muka Jihah ni mmg fotogenik, so syok la ambik gambar dia. Seronok and mudah buat job utk sedara rapat ni sbb dah kenal sgt perangai masing2. Cuma kekadang tu segan jugak la sbb mak, abah and adik beradik kita org dok perati kita org ambik gambar. Tertonggeng sana sini..hehehe.

Wedding kat rumah pengantin lelaki nanti insyallah kita org cover jugak, sabtu next week(2 Sept) kat Shah Alam. Nasrul ni kami belum kenal secara dekat lagi la. Pernah la jumpa sekali dua lepas dia org bertunang and masa arwah nenek meninggal dulu. Orangnya nampak pendiam dan tak gila2 mcm Jihah(keh keh keh keh)..tapi tak tau la, maybe belum kenal betul2 lagi kot. Insyallah lepas2 ni boleh nak kenal lagi dekat. Raya nanti kita org dtg rumah naaa

Apa2 pun, kami ucapkan tahniah to kedua2 mempelai. Insyallah ikatan perkahwinan korang ni akan berkekalan ke akhir hayat. Bahagia selalu, diberkati dan dirahmati Allah. Insyallah.

Layari Online Album mereka di sini

Photographers : azmiman(012-2990666) & matjep(019-2515158)

baru terjumpa fotopages org kampungku, bahau.....cantik sekali gambar2x...bahau kg kat mane yek? Mon 27-Aug-2007 14:29
Posted by:http://healmephoto.fotopages.com  - [Link]
assalamualaikum waghih
den asal kg bukit lako, jompol

ekau kek mano plak

ha...apo laei....jom poei menembak samo2 nak tak?
ayuhhhhhh......

peng...peng...ting..tinggg....wakakakaka

salam perkenalan
Tue 28-Aug-2007 05:13
Posted by:matjep
tembak jangan tak tembak..huhuhuhu... Tue 28-Aug-2007 09:21
Posted by:najihah jihanaloy@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Monday, 20-Aug-2007 01:19 Email | Share | | Bookmark
Khaliq & Lidia



Lidiawati ni kenalan kepada Faizal & Faizah, ex-client kami. Kami difahamkan, Lidia dan emaknya berpeluang melihat custom album yg kami hasilkan utk wedding Faizal & Faizah ni, and mereka terus buat keputusan nak ambik kami as official photog utk wedding Lidia ni. Pada awalnya kami cuba menolak utk terima assignment nih sbb sehari selepas wedding Lidia adalah hari wedding cousin kami Najihah. Ye la, takut penat dan rushing sangat. Tapi tu la, mak Lidia ni, mak cik Tom, sgt pandai merayu..hehehe..cair kami dibuatnya..so utk tidak menghampakan permintaan org yg dah berharap ni, kami sanggup berkorban dan terima job ni jugak. Dalam pada masa yg sama risau jugak bila org dah ada high expectation ni.

Majlis akad nikah diadakan di Dewan C, Masjid Wilayah selepas isyak dlm pukul 9.30. Semuanya berjalan lancar. dan pengantin lelaki dgn macho nya melafazkan akad nikah dgn sekali lafaz. Kemudian pengantin lelaki sembahyang sunat dlm masjid dan kami pun ikut sekali sbb nak ambik gambar dia sembahyang. Dlm masjid tu agak gelap sbb hanya lampu downlight aje yg bukak..itu pun yg kat hujung dewan sembahyang. Baru 2 kali snap, org yg jaga masjid tu pulak tutup semua lampu! Terus bergelap..tak nampak apa dah..pengantin teruskan sembahyang...dan sesi ambik gambar pun terpaksa stop...nasib baik 1 gambar tu ok..jadi la..drpd takde langsung..

Keesokkan harinya, 18hb majlis resepsi diadakan di Dewan Puspanita. Mmg cantik dalam dewan tu, terutamanya pelamin yg berkonsepkan taman yang dihasilkan oleh Alinas. Ramai betul tetamu yg hadir drpd segenap lapisan kaum dan majoritinya staf2 DBKL sbb mak cik Tom ni kerja dgn DBKL. Pukul 1.30 pengantin pun sampai bawak kereta TD2000! Perghhh memang best la. First time ada client yg drive sendiri kereta and kereta classic pulak tuh. Kereta dah cun, pengantin pun tak kurang cun nya..memang sepadan la. Si jejaka berbaju kot dan si gadis bergaun moden dgn warna putih sedondon. Style yg matching dgn kereta classic tu

CandidExposure ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd pengantin dan ahli keluarga yg melayan kami dgn begitu baik sekali. Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kpd kedua-dua keluarga mempelai. Kepada Khaliq & Lidia, korang mmg cool dan gila2 rupanya. Semoga pekhawinan korang ni akan berkekalan sampai akhir hayat dan moga dikurniakan khaliq and lidia juniorssss a.s.a.p. Kepada pengapit yg 2 org tu, korang bedua mmg secocok!

Layari Online Album mereka di sini

Photographers : azmiman(012-2990666) & matjep(019-2515158)

its for my sister inlaw. in march but kene cari now dah kot. u duduk mana yek. are u still working at tpm. ni Ramona laa hehehehehehe Tue 4-Sep-2007 09:26
Posted by:chena
Laaaa Ramona ke..hehehhe..ingatkan awek mana la tadi..hehehhehe..I duduk kat puchong and yes I still kat TPM but now nih tgh cuti panjang till end of this year.

March next year? Yes, nak kena book from now la...the sooner the better. Get ur sister inlaw to contact me la. Boleh jumpa and show her the real album. Lagi syok..hehehe
Tue 4-Sep-2007 12:13
Posted by:azmiman
yer ker lama nyer cuti. nanti i inform adik i. suka tgk pic kat masjid kl tu. dia mmg buat malam ker? Thu 6-Sep-2007 06:37
Posted by:chena
View all 5 comments Add comment


Sunday, 12-Aug-2007 00:40 Email | Share | | Bookmark
Wazir & Sharita



Assignment kali ini agak best sikit sbb majlisnya berlangsung di Bahau. Dapatlah kami balik kampung jenguk2 mak dan abah sambil2 cover event nih. Majlis perkahwinan Sharita dan Wazir nih memang meriah dan happening sangat. Serba serbinya cantik dan indah daripada pelamin, barang2 hantaran sampailah ke pengantinnya. Barang2 hantaran semuanya hasil gubahan dan sentuhan si Sharita. Memang tangan seni dan kreatif si pengantin perempuan ni. Mak andam pun make-upnya cantik, nampak sweet dan natural. Bila ditanya, rupa2nya Mak Andam (or rather Adik Andam) ni baru 21 tahun. Patut la hasil make-upnya taste org2 muda

10hb tu majlis akad nikah, diikuti dgn majlis bersanding dan cicah inai pada sebelah malamnya. Lepas tu sesi tukar2 persalinan. Walaupun sesi shooting malam tu habis dlm pukul 12 tengah malam, kami rasa enjoy sangat. Malam bersanding tu siap ada persembahan muzik cak lempong. Sambil2 shooting, layan jugak dengar nyanyian karaoke orang2 kampung termasuk ayah si Sharita. Berbakat jugak dia org nih. Hilang ngantuk dan rasa letih. hehehehe.

Keesokkan harinya pulak, berlangsungnya majlis kenduri kahwin. Alhamdulillah sepanjang majlis berlangsung, cuaca mmg cantik dan tak de hujan. Walaupun agak panas sampai berpeluh-peluh satu badan, tuan rumah ada menyediakan 'booth' cendol. Difahamkan cendol nih ialah cendol yg paling best kat pekan Bahau tu. So, dengan tokeh cendol tuan rumah nih angkut sekali. Memang sedap la cendol tu...ish nak kena balik Bahau lagi nih..

CandidExposure ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wazir dan Sharita. Semoga hidup diberkati dan dirahmati Allah. Sentiasa happy dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan di atas kesempatan dan layanan yg diberi.

Layari Online Album mereka

Chantique la ....... tetambah bunga tuh ....
nice collection ... !!!
Fri 24-Aug-2007 02:21
Posted by:Pesona Senifoto (apit)  - [Link]
sleepypooh

abg lupa nak confirm ngan awak, nanti nak amik pakej maner?
2 album ker

plz reply me ok
Mon 27-Aug-2007 10:14
Posted by:matjep
apit

u punya site pun apa kurang hebatnya
err...kalau ader job terlebih tu, kongsi2 ler
kita kat sini pun kalau tak larat bleh pas kat awak

idup fotografi....waakakakka
Mon 27-Aug-2007 10:18
Posted by:matjep
View all 8 comments Add comment


Monday, 9-Jul-2007 03:37 Email | Share | | Bookmark
Haiqal and Azie



7.7.7 memang menjadi satu tarikh yg menjadi pilihan ramai pasangan pengantin utk mendirikan rumahtangga. Bukan la kerana percaya kpd perkara yg bukan2, tapi lebih kepada kerana keunikan nombor tarikh aje. Lagi pun senang nak ingat anniversary nanti

CandidExposure(CE) telah menerima beberapa panggilan drpd bakal2 pengantin utk menempah kami, tapi kami dgn berat hati terpaksa menolak kerana kami telah pun dibook seawal bulan March lagi. Kepada pasangan2 yg kami terpaksa tolak, kami mohon maaf dan kami juga ucapkan ribuan terima kasih kerana berminat utk mengambil kami.

Pasangan bertuah yg telah membuat tempahan awal itu ialah saudari Azie dan pasangannya saudara Haiqal. Azie merupakan org Sg Buloh, manakala Haiqal pulak org Bahau, N.Sembilan. Tak sangka plak dapat client org Bahau ..what a small world.

Berkerja dgn kedua pasangan ini adalaah sgt mudah dah menyeronokkan especially si Azie nih. Mmg terer pose dan tak jadi 'kayu'. Boleh jadi model nih..hehehhe. Tambahan pulak family Azie ni tersangatlah baiknya dan sentiasa ambil berat pasal makan minum kami. Terharu betul pihak CE dapat client mcm ni. Insyallah kami akan menghasilkan album2 yg terbaik utk Azie dan Haiqal nanti. Ni pun tgh dok pulun buat editing nih Apa2 pun pihak CE nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia dan Berkekalan ke Akhir Hayat. Amin.


hai..boleh bgtau package n price...insya Allah majlis pada 23/12 di kepomg..thanx Thu 9-Aug-2007 07:34
Posted by:neeriaz nikita229@yahoo.com
assalamualaikum...

nice pic....

boleh beri tak quotation utk tgkap pic majlis pertunangan?
hari /tarikh : 25 Dec 2007, Denkil.., Selangor
sila email saya plzz...
Fri 14-Sep-2007 07:44
Posted by:syikin syizam@yahoo.com
walaikumsalam syikin..

minta maaf ye shikin, date tu dah ada org booked..insyallah try masa wedding you nanti? Boleh start book kami from now
Thu 20-Sep-2007 02:54
Posted by:azmiman
View all 10 comments Add comment


Monday, 18-Jun-2007 02:08 Email | Share | | Bookmark
Usayri & Ana



Peluang mengambil gambar majlis Usayri & Ana ini kami dapat melalui sahabat forum kami "Ali Gemuk" yg tidak pernah saya jumpa secara face-to-face sehingga ke hari ni. matjep pernah jumpa Ali masa dia tumpangkan Ali ke seminar anjuran Saiful Nang, tapi dia tak tau pulak saya pernah PM Ali utk job ini. Heheheh...

Anyway, back to the wedding assignment ni, kali ini konsep wedding adalah garden wedding bertempat di Bukit Expo UPM. Ini adalah antara sebab kenapa kami sgt berminat utk menerima assignment ini kerana kami tidak pernah lagi ambik gambar garden wedding nih. Terima kasih kepada Usayri kerana telah memilih kami dprd banyak2 calon yg berminat utk buat coverage. Wedding ni mmg best sbb konsepnya yg open dan segar. Cuaca? Hari tu mmg sgt mendebarkan sbb seawal pagi lagi, cuaca mmg mendung dan muram. Memang tiada khemah yg disediakan. Cemas juga kami. Namun berkat doa para tetamu yg tak putus dtg, alhamdulillah hujan tidak pun turun sehinggalah majlis selesai. Betapa sesungguhnya majlis ini diberkati dan dirahmati Allah. Kami doakan, kehidupan sbg suami isteri pasangan kedua-dua mempelai ini kekal bahagia dan indah, seindah majlis perkahwinan mereka. Insyallah.

Layari Online Album mereka di sini

Photographers : azmiman(012-2990666) & matjep(019-2515158)

apo lak nak domam...
segalo ilmu dah diturunkan....heheheh...
insyaallah tak domam....cuma menggigil yo....huhuhuh
Thu 12-Jul-2007 12:01
Posted by:najihah jihanaloy@yahoo.com
steady la jihah.tak domam ekau nanti yo....hebat....
apa2 pun....tungguuuuu......dan......RASAKAN....
rasakan...paneh pakai baju pengantin....
har har har
Fri 13-Jul-2007 02:37
Posted by:matjep
abg azmi ngan abg jep ingat tak tarikh kawin jiha, mana lah tahu kot lupo lak...
mcm mana nak bagi kad erk......
Mon 16-Jul-2007 10:16
Posted by:najihah jihanaloy@yahoo.com
View all 16 comments Add comment


Monday, 11-Jun-2007 02:12 Email | Share | | Bookmark
Mohd Nazri & Rohani



Kali ni kami jadi official photog utk wedding Pak Uda kami ni kat Bahau. Pak Uda ni anak buah nenek kami. Mak dia, adik arwah nenek we all. Dia anak bongsu drpd 10 adik beradik. Dia muda setahun drpd aku(azmiman) and tua setahun drpd matjep. Masa kecik2 dulu, dia nih mmg geng kamceng kita org kalau time main bola, main rounders, main konda kondi, main seletup, main kaki tiga or even pegi tiruk kat sungai. Itu dulu, 20 lebih tahun yg lalu. Bila dah besar panjang nih, masing2 dah kontrol hensem.. hehehe..lagi pun jarang jumpa kecuali time raya je. Anyway kita org seronok ambik gambar Pak Udo and Mak Udo nih sbb dapat rasa mcm zaman dulu2 balik... gurau2 and gelak2.

Tahniah Pak Udo & Mak Udo. Moga berkekalan ke akhir hayat. Amin.

askm.sy just nak tanya.majlis sy 15 dis 07 di kg baru air hitam, bahau. free ke tarikh tu? kot free just nak tau pakej yang ader Sat 4-Aug-2007 14:59
Posted by:Ada brutestel@yahoo.com
Add comment


Monday, 4-Jun-2007 02:48 Email | Share | | Bookmark
Zalela & Fadilah Suhaimi



Hari Sabtu & Ahad yg lepas (2 & 3 Jun 2007), CandidExposure membuat liputan di kawasan Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu. Kedua pasangan pengantin hanya kami temui pada hari tersebut sebab segala urusan adalah melalui make-up artist yg merupakan kawan kami. Bila dah sampai sana, barulah tau yg pengantin perempuan nih rupa2nya adik kepada kawan sepejabat kami jugak. Bertambah la seronok buat kerja sebab ramai geng. Tambahan pulak keluarga pengantin begitu baik melayan kami. Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kerana memudahkan kerja2 kami. Insyallah album akan kami siapkan dlm masa 3 minggu. Sementara tunggu album, boleh la tengok kat sini dulu sneak previewnya

Layari Online Album mereka di sini

Photographers : azmiman(012-2990666) & matjep(019-2515158)
Make-up, Busana & Pelamin : Hafis(013-3922008) & Fadzli(012-2353374)

ps. Lauk2 kenduri sangat-sangat sedapppp!

huhuu..gambar2 lam ni mmg cantik..n mmg nmpk candid..kpd yg bakal mendirikan rumahtangga..silala suh dorang ni yg wat... Mon 18-Jun-2007 02:27
Posted by:putri..
suka lah gambar pengantin pakai baju warna purple tu...cantik sangat.... Fri 6-Jul-2007 02:04
Posted by:najihah jihanaloy@yahoo.com
encik encik......bg quot please.tq Fri 24-Aug-2007 05:17
Posted by:ct bleu_orkid@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.