 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
CandidExposure
 By: matjep
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 19-Jun-2008 14:34 |
Email | Share | Bookmark |
|
Khuzairy & Noraini
|
|
Assalammualaikum
Lama betul tak update fotopages nih. Mintak maaf la kalu asyik dok tgk gambo2 lama aje bila dtg menjenguk fotopages nih. Hari ni baru la ada masa nak update. Kepada para peminat yg tertunggu-tunggu tu, enjoy the photos..hehehe.
Kali ni citer pasal wedding Khuzairy & Aini kat Paya Jaras. Wedding dia org ni dibuat masa bulan April yg lepas. Makcik kpd Aini ni(Kak Rahimah) yg ambik kita org jadi photog utk wedding dia org. Kak Rahimah ni mak andam kpd ex-client kita org, Halim & Anis. So masa buat job utk Halim & Anis ni, Kak Rahimah sudah berkenan dgn hasil kerja kita org, and terus rekomen kita org kat mak si Aini. Kak Rahimah ni jugak jadi mak andam kpd si Aini..of course la kan..hehehe
Kita org mmg tak pernah jumpa kedua-dua pengantin ni before wedding sbb segal urusan adalah melalui kak rahimah & mak si Aini. Kebetulan pulak, pengantin bedua ni duduk & keje kat luar KL. So, mmg dia org berdua serahkan kpd kak rahimah utk uruskan pasal photography ni semua. Masa wedding day tu la baru kita org dapat jumpa & berkenalan dgn pengantin. Nasib baik pengantin ok and sporting. So mudah la keje2 kita org...and both of them are very sweet together.
Akad nikah sebelah pagi, then lepas Zohor baru pengantin lelaki dtg berarak ke rumah pengantin perempuan. Selepas akad nikah pagi tu, sempat la kita org shoot outdoor sekejap sebelum dia org berdua pi bersiap. Arwah ayah si Aini dulu ada bina masjid kat sebelah rumah dia. Cantik betul masjid tu. Rasa mcm bukan kat Malaysia. Seni bina dan warna masjid tu bagi kita org sgt unik. So, kita org buat outdoor shooting kat kawasan sekitar masjid aje la. Lagi pun tak berani nak bawak jauh2 sbb takut ambik byk masa pulak. Pakej kita org ni mmg tak de mention pasal outdoor shooting, tapi mmg we all akan offer utk buat outdoor shooting without additional cost kalau:
1. shoot on the same day, sama ada in between majlis or after majlis..asalkan tak lebih drpd maximum hour yg sepatutnya
2. cuaca ok
Ok, back to wedding Aini & Khuzairy, semuanya berjalan lancar. Elok2 habis aje majlis and para tetamu pun dah habis balik, ujan turun dgn lebatnya. Alhamdulillah semuanya selesai seperti yg dirancang. Kepada pengantin & keluarga kedua-dua belah pihak, tahniah kami ucapkan. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Maaf jika ada terkasar bahasa atau perbuatan. Kepada Kak Rahimah, terima kasih byk2 di atas kepercayaan & peluang yg diberikan. Semoga kita boleh work together lagi di masa akan dtg. Sapa2 tgh cari make-up artist tuh, boleh la call Kak Rahimah (012-6945240).
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|