 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
CandidExposure
 By: matjep
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 11-Jul-2008 09:16 |
Email | Share | Bookmark |
|
Nazri & Rozie - Melaka
|
|
..sambungan drpd entry sebelum ni
Pagi esoknya, Ahad 6 Julai wedding kat sebelah rumah pengantin lelaki, Nazri di Melaka. Bangun pagi tu sempat la gi breakfast kat pekan Rembau since janji nak konvoi dgn family pengantin pompuan dlm pukul 11 pagi. Layan nasik lemak Rembau..perghhh sodap eh. Sambil tumis eh kaya dgn ikan bilis dan bawang..tak mcm sambal kat KL, cili boh semata. Nasik eh pun siap ada 'bintang' kat atas nasik tuh..heheheh
Sampai kat Melaka dlm pukul 12 lebih, terus pengantin diarak dgn hero2 TLDM. Sama mcm kat Chembong semlm. Ramai betul tetamu yg datang. Semua nampak seronok tgk pengantin dgn hero2 TLDM berarak siap dgn pedang & bag pipe. Yang bestnya, sorang ahli TLDM tu sepupu matjep la pulak. Tak sangka boleh jumpa Mak Teh & Pak Teh si matjep ni kat kenduri tu. Kocik eh dunia.
Bila majlis dah agak selesai and pengantin pun free, kita org pun kidnap dia org pi shooting outdoor. Mmg dah lama teringin nak shoot kat Bandar Hilir Melaka tuh. Kebetulan pula Rozie & Nazri dah siap tukar baju songket. So sesuai la sgt la tuh.
Sampai kat bandar Melaka tu, kita org terus panggil beca utk bawak kedua pengantin sbb kesian nak bagi si Rozie menapak. Terus abg beca tu bawak pi kat air pancut ...Punya la ramai org. Kita org dgn selambanya pi shoot kat situ..mcm tak caya lak. Pengantin 2 org ni pun selamba je posing. Matjep asyik la announce "Malay wedding!" kat tourists. Sudahnya ramai yg nak bergambar dgn pengantin. Famous kejap la dia org ala2 artis fofular. hehehhe..jadi la, merasa la tempias jadi celebrity kejap. Muahahah
Pastu gi sambung shoot kat depan2 kedai lama. Byk la kereta & motor dok hon2. Habis shoot kat situ, we all semua pi naik beca pulak menuju ke kota A'Famosa. First time aku naik beca. Selama ni tak sampai hati nak naik sbb kononnya rasa bersalah membebankan org..hehehe..tapi sebenarnya pengayuh2 beca ni dah biasa...dah mmg itu mata pencarian dia org..kacang je dia bawak kita org.
Jenuh dan sakan gak la bergambar sekitar Kota A'Famosa dan Bandar Melaka tu. Kira first time kita org shooting tgh2 bandar..mencabar jugak la...tapi syok ya amat. Mmg tak ambik pot la org sekeliling...as if dia org semua takde..hehehe...sememangnya org2 Melaka ni best2 & peramah semuanya. Maybe sbb dah terbiasa melayan tourist yg dtg tak putus2. Dekat nak pukul 7 kita org baru habis shoot..itu pun sbb kesian tgk pengantin dah makin layu..kaki Rozie pun dah nak melecet. So kita org wrap up and hantar pengantin balik rumah.
On the way balik KL, kita org singgah rumah Mak Teh & Pak Teh matjep ni sbb dah janji nak singgah. Sempat la tumpang mandi dan solat. Mak Teh pun dah masakkan Ikan Masak Asam, sambal sardin, rebung masak lemak cili api, rendang ayam dan sayur2..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (hambik kau, panjang punya pergh hehheeh) sodap ya amat. Ikan masak asam tu mmg malatop..sgt2 style org Melaka walaupun Mak Teh org NS..hehehe.
Ok la, to Rozie and Nazri, congratulations on your wedding. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat. To keluarga pengantin di dua2 belah pihak, terima kasih tak terhingga di atas layanan yg diberi. To abg Rozie, Hairie & Khairul thanks for being our good buddies and all the best kat Dubai nanti. Keep in touch naa. Tak lupa jugak kat cik pengapit yang sudi belanja Cendol Madu Rembau. Rugi la korang tak join shooting kat Melaka ni...kot tak sure lagi havoc. Akhir sekali to Pak Teh, Mak Teh & keluarga, terima kasih byk2 kerana sudi menjemput kami dtg ke rumah dan susah2 masak & melayan kami. Kalau dtg KL, boleh singgah rumah kita org pulak.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|