 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
CandidExposure
 By: matjep
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 9-Dec-2008 16:40 |
Email | Share | Bookmark |
|
we're back
|
|
Assalamualaikum dan salam ukhwah.
Terlebih dahulu syukur alhamdulillah kerana dapat kita sekali lagi menyambut Aidul Adha. Tetapi jangan dilupa kepada mereka yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Takziah buat keluarga yang terlibat dan kepada semua yang bertungkus lumus dalam memberi khidmat menyelamat, tahniah diucapkan, didoakan kalian dapat bertugas dengan selamat dan dilindungi Allah hendaknya.
Wokeh. Ayuh kita mulakan. Ahak ahak. aku matjep. azmiman....huh...azabbbb...sebenornye kengkawan semua, pelbagai dugaan, rintangan, halangan, misc. dan sebagainya terpaksa kami tempuhi dalam melayari candidexposure(CE) ke puncak yang tertinggi ini. Chewah...
Tapi tu semua adalah pembakar semangat utk kami bergerak lebih pantas dan tangkas serta memenuhi kehendak client kami. Actually, CE bergerak secara part time yg membawa maksud, kami semua ada kojo hakiki di beberapa company terkemuka di malaysia ni....kununnya laaa....so, hanya ari sabtu dan ahad sahaja yang mengizinkan kami untuk berkarya dalam fotografi nih.makna katanya, kalau weekday tu...haa...tengah malam le jawabnye bleh buat editing memandangkan ado tanggungjawab yg patut diutamakan, u know la kan...
Kami melangkah setapak lagi dengan membuka laman web baru iaitu candidexposure.com tetapi nak dijadikan ceritera, itu laman web sudah kena hack daaa...habis hilang segala isi kandungannya yg berminggu-minggu telah disiapkan oleh azmiman. hancur luluh hati ini dibuatnye...ahak ahak...sodih tuu...walaupun begitu, dengan azam dan semangat yang tak kan padam, candidexposure.fotopages.com yang dah banyak berjasa kepada kami sebelum ini perlu diupdate semula. Maka dengan itu, ia adalah official website CE buat masa ini dan sah diguna pakai.
dan bercampur aduk dengan pelbagai masalah dan problem yg eden ghaso tak perlulah dikongsi bersamo sobab buek ponink kepalo korang jer....so kupersembahkan kembali http://candidexposure.fotopages.com untuk tatapan semua dan utk bakal2 client kami yg sudi utk menggunakan perkhidmatan kami bagi merakamkan detik kenangan terindah dalam hidup anda atau apa saje event yg mampu kami cover untuk kepuasan kalian semua.
Akhir sekali. timo kacih kepada semua. Tanpa kalian sapolah kami di CE.
p/s: azmiman, congrats. jago baby n her ibu baik2 naaa...
Wassalam.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|